wackwall Admin
Zodiac : Chinese zodiac : Posts : 159 Points : 5320 Reputation : 2 Join date : 10/12/2010 Age : 42 Location : Sarawak
| Subject: Kilafairy Kecewa, Ada Orang Menyamar Dirinya Di Facebook Tue Mar 08, 2011 9:00 am | |
| Kilafairy Kecewa, Ada Orang Menyamar Dirinya Di Facebook Pelakon baru, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 19, menyelar penyamar yang membuka akaun Facebook Kila Fairy. Menurut pelakon filem Karak itu, akaun Facebook yang dibuka untuk para peminat itu bukan miliknya dan dia hanya mempunyai akaun Facebook bernama Kilafairy. Kini, akaun Facebook palsu atas namanya itu mempunyai 247 peminat. “Saya tidak pernah mewujudkan akaun Facebook untuk peminat tetapi hanya mempunyai akaun Facebook peribadi." Laman Facebook yang palsu “Jadi, saya mahu berpesan kepada peminat yang telah mendaftar sebagai peminat saya di akaun Facebook Kila Fairy agar tidak tertipu kerana ia merupakan akaun palsu,” ujarnya kepada mStar Online. Selepas muncul dalam filem Karak yang belum ditayangkan di pawagam, dia turut menerima tawaran beberapa drama untuk slot Mistik Alam Hitam di Astro Ria seperti Pengasih Minyak Dagu dan Darah Pontianak serta drama Ayu Suraya yang juga disiarkan di Astro. Biarpun seronok berlakon, Kila akui kadangkala terpaksa menolak beberapa tawaran drama kerana sedang mengikuti pengajian dalam bidang Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur. Selain berlakon, Kila juga menjayakan jemputan nyanyian untuk mana-mana majlis keraian. Bagi yang ingin mendengar suara merdu Kila, boleh layari laman sesawang YouTube - Pixiedustiess's Channel. Peminat juga boleh mengikuti Kila di laman Twitter iaitu @Kilafairy. mStar Online | |
|