Malaysian WackWall Forum

Now Malaysian Can Connect Over The World
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigation
:: Portal ::
:: Forum ::
 :: Memberlist ::
:: Profile ::
:: FAQ ::
:: Search ::


AlertPay Easy Money Transfer 100% Free to register
 
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Google Translator
Latest topics
» IRC Flooder Script For Sale
Mon Oct 08, 2012 12:39 am by maxi.y.mateo

» utusan.com.my Being DDOS
Fri Jan 20, 2012 5:33 pm by Penjejak Badai

» PHP IRC Bot
Fri Dec 02, 2011 11:31 am by siperda

» SQL Injection Scanner By XShimeX
Mon Oct 24, 2011 6:22 pm by sucide_bomber

» Website Vulnerable Scanner Tools V1.01 By proqrammer
Mon Oct 24, 2011 6:21 pm by sucide_bomber

» Slowloris or XerXes Leak Version
Tue Sep 13, 2011 7:45 pm by sucide_bomber

» maisarah wuz here
Tue Sep 13, 2011 7:32 pm by sucide_bomber

» Sql Injection Tutorial
Tue Jul 19, 2011 2:56 pm by sucide_bomber

» XerXes Source Codes!!
Wed Jul 13, 2011 8:55 am by wackwall

» SQL Injection dalam bahasa Malaysia
Thu Jun 30, 2011 9:11 pm by sucide_bomber

» LFI Scanner ( Perl )
Mon Jun 27, 2011 8:21 am by wackwall

» Muhasabah diri tingkat kesyukuran, keinsafan umat
Mon Jun 27, 2011 3:56 am by sucide_bomber

» 5013 Webs With SQL Vuln
Mon Jun 27, 2011 3:50 am by sucide_bomber

» Saya mencari part time job online?
Mon Jun 27, 2011 1:19 am by sucide_bomber

» 16 exploits for hacking CC databases
Mon Jun 13, 2011 1:33 pm by sucide_bomber

Link Exchange
Online News


















Churp2x Campaign
Click Pada Iklan DiBawah & Dapatkan Ganjaran Anda
SEKARANG!



















Mangga Ads
NuffNang Ads

Share | 
 

 Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wackwall
Admin


Zodiac : Cancer Chinese zodiac : Rooster
Posts : 159
Points : 2626
Reputation : 2
Join date : 10/12/2010
Age : 35
Location Location : Sarawak

PostSubject: Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri   Mon Mar 14, 2011 5:04 pm




Lori beras terbalik.
Orang ramai berpesta mengaut beras ‘percuma’ di Lebuhraya.
Pemandu lori yang parah mengerang dengan luka yang dihurung lalat meminta bantuan.
Kelindan lori terbiar hingga mati di tepi jalan.
Saya cuba untuk menghadam laporan kejadian lori beras terbalik di
KM394 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tanjung Malim bulan lalu.
Apakah yang difikirkan oleh pengaut beras itu? Adakah mereka lebih
miskin daripada penghuni pondok yang makan siput babi beberapa tahun
lalu di siaran Bersamamu TV3? Jika tidak lama dulu orang ramai
berkejaran mengutip duit syiling yang bertaburan akibat kemalangan di
Lebuhraya yang sama, kali ini beras dikaut untuk habuan makan,
membiarkan mangsa di tepi tanpa tindakan peri kemanusiaan.
Kebingungan.

Seperti ada satu ‘petanda besar, bagai ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan perilaku masyarakat kita kebelakangan ini.
11 Mac 2011, seluruh penduduk dunia terkejut.
Sesuatu yang tidak pernah dicatat oleh sejarah, Pantai Timur Laut
Jepun dilanda gempa bumi paling dahsyat berukuran 8.9 pada skala
Richter. Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling
menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10
meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi,
‘tanpa belas kasihan’.
Tidak pasti apa yang mahu diungkap, selain berdoa agar kejadian itu
tidak mengulangi penderitaan kesan Tsunami di Sumatera pada Disember
2004 yang lalu apabila lebih 200 ribu nyawa terbunuh di sekeliling
pantai Lautan Hindi. Gelombang Tsunami kali ini menggoncang perairan
Lautan Pasifik hingga melimpahkan kesannya ke perairan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.
Subhanallah!
Hanya pernah sekali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kenangan di bumi
Ibaraki, menambah ‘rasa terkait’ dengan apa yang berlaku apabila gempa
bumi dan Tsunami turut memusnahkan kawasan yang indah dan permai itu.
Namun kesedihan dan debar menyaksikan satu demi satu laporan berita
di media, terpukul oleh beberapa siri laporan berita media tempatan yang
membingungkan.
TAHAP KEPRIHATINAN KITA
Belum pun reda gegaran dan deruan ombak ganas Tsunami di Jepun,
Buletin Utama di TV3 sudah berbincang tentang implikasi bencana besar di
Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta akibatnya kepada
kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti
yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato Mukhriz Tun Mahathir
menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta
pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham
di negara kita.
Tatkala kenyataan rasmi Perdana Menteri tidak kedengaran, laporan ala
kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal
ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan
niaga tradisi negara matahari terbit itu!
Mulia sungguh hati rakan ini.
Apa sudah terjadi?
KOSMO! AHAD

Menyelak akhbar di pagi Ahad, sekali lagi kita kebingungan.


Kosmo Ahad 13 Mac 2011 di halaman 3, menyiarkan berita Ratu
Pornografi Jepun, Maria Ozawa terselamat daripada malapetaka gempa bumi
dan Tsunami itu.
Dalam ramai-ramai tokoh daripada kalangan rakyat Jepun, Miyabi pula yang jadi pilihan.
Bimbang benar dengan kehilangan ikon penting ini.
BERITA HARIAN



Diselak pula akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis
Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak
Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Entah apa yang cuba diterjemahkan melalui
lakaran itu, ia pantas melahirkan betapa rendahnya moral kita hingga
kejadian bencana sedahsyat itu, dilakar sebagai bahan senda gurau tanpa
sedikit pun mempertimbangkan perasaan sekalian manusia, Jepun atau tidak
Jepunnya mereka, berkenaan jurnalisma terencat jiwa ini.
Apakah semua ini?
Neo-journalism versi apakah ini?
Paling mengaibkan, lakaran kartun yang sangat tidak sensitif ini telah disiarkan di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN.


Berita yang disiarkan itu menyebut:

iReport —

Local
Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their
editor’s column today that depicts the popular Japanese cartoon
character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.


The
publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse
the editors as being “inconsiderate and distasteful”. Several political
leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the
editors promptly made on their publication’s Facebook fan page. – posted
by Dancingtiger

Mungkin media perdana sama ada di arena siar atau cetak, tidak mampu
menyesuaikan diri dengan era jaringan sosial semasa yang semakin
menidakkan kuasa veto mereka membentuk pendapat umum.
Dalam tempoh yang begitu singkat, sesuatu yang menggambarkan
kejengkelen kartunis, serta kecuaian editorial, telah menjatuhkan maruah
negara. Bagaimana kalau berita ini mengusik sentimen pelabur Jepun dan
antarabangsa? Inginkah hukuman setimpal itu atas sikap rakan niaga yang
tidak berhati perut?



Foto kredit malaysiana.pnm.my

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…

Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…

Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…

Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…

Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…

Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…

Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…

Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!
WASIAT NUH ALAYHI AL-SALAAM
Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alayhi as-Salaam kepada
anak-anaknya yang beriman sebelum Baginda wafat pulang kepada Allah.
Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang
bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari
pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi
dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:


“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah
meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta
mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang
melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah
lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai
pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi
“Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi
kematian, beliau berkata kepada anaknya:


“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan
wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku
tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha
IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan
di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu
timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat.
Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar
dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.


Aku juga memerintahkan kamu dengan
Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan
setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.


Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah,
sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang
dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu
memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?


Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau
apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau
menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?


Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah
jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk
bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?


Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

“Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”
Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam kepada anaknya
sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya Baginda.
Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.
Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara
di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya
disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih
mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan
pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan
angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi.
Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara hidup
ramai manusia pada hari ini.

SALAH SIAPA

Habis, salah siapa semua itu?

Mahu dikata salah kerajaan, ia kerajaan pilihan rakyat.

Mahu dikata salah rakyat, siapakah pendidik-pendidik rakyat itu?

Nampaknya ia salah saya.

Salah pendakwah yang belum cukup kuat berusaha.

Justeru saya telah, sedang dan akan terus berusaha.

Saya sudah mendapat satu lagi tugasan.

Anda cukup dengan menonton sahaja?



“Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada satu kaum itu sehingga mereka bertindak mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri”
[Al-Ra'd 13: 11]
Salam takziah dari saya untuk akal dan budi tamadun manusia.

” Apakah penduduk negeri itu
merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang
tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada
waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa
aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga
melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah
melainkan orang yang rugi.”
(Al-A’raaf 98-99)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Ingin
berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda
kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com
dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca
bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun
alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan
proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan
komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain,
sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman
dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
Back to top Go down
View user profile http://malaysia.1talk.net
 
Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysian WackWall Forum :: Forum Umum :: Kisah Dan Tauladan-
Jump to: