Malaysian WackWall Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysian WackWall Forum

Now Malaysian Can Connect Over The World
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Navigation
:: Portal ::
:: Forum ::
 :: Memberlist ::
:: Profile ::
:: FAQ ::
:: Search ::


AlertPay Easy Money Transfer 100% Free to register
 
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Google Translator
Latest topics
» IRC Flooder Script For Sale
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyMon Oct 08, 2012 12:39 am by maxi.y.mateo

» utusan.com.my Being DDOS
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyFri Jan 20, 2012 5:33 pm by Penjejak Badai

» PHP IRC Bot
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyFri Dec 02, 2011 11:31 am by siperda

» SQL Injection Scanner By XShimeX
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyMon Oct 24, 2011 6:22 pm by sucide_bomber

» Website Vulnerable Scanner Tools V1.01 By proqrammer
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyMon Oct 24, 2011 6:21 pm by sucide_bomber

» Slowloris or XerXes Leak Version
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyTue Sep 13, 2011 7:45 pm by sucide_bomber

» maisarah wuz here
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyTue Sep 13, 2011 7:32 pm by sucide_bomber

» Sql Injection Tutorial
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyTue Jul 19, 2011 2:56 pm by sucide_bomber

» XerXes Source Codes!!
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyWed Jul 13, 2011 8:55 am by wackwall

» SQL Injection dalam bahasa Malaysia
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyThu Jun 30, 2011 9:11 pm by sucide_bomber

» LFI Scanner ( Perl )
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyMon Jun 27, 2011 8:21 am by wackwall

» Muhasabah diri tingkat kesyukuran, keinsafan umat
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyMon Jun 27, 2011 3:56 am by sucide_bomber

» 5013 Webs With SQL Vuln
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyMon Jun 27, 2011 3:50 am by sucide_bomber

» Saya mencari part time job online?
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyMon Jun 27, 2011 1:19 am by sucide_bomber

» 16 exploits for hacking CC databases
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyMon Jun 13, 2011 1:33 pm by sucide_bomber

Link Exchange
Online News


















Churp2x Campaign
Click Pada Iklan DiBawah & Dapatkan Ganjaran Anda
SEKARANG!



















Mangga Ads
NuffNang Ads

 

 BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam

Go down 
AuthorMessage
wackwall
Admin
wackwall


Zodiac : Cancer Chinese zodiac : Rooster
Posts : 159
Points : 5313
Reputation : 2
Join date : 10/12/2010
Age : 42
Location Location : Sarawak

BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam Empty
PostSubject: BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam   BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam EmptyMon Jan 24, 2011 7:21 am

BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam Illuminati

PENGENALAN:

I – Mengenali Sejarah

*beri perhatian kepada tulisan atau istilah yang dihitamkan dan disendengkan kerana ia akan berkait dengan tajuk-tajuk seterusnya.
*bab ini hanya menceritakan sesuatu subjek secara ringkas tanpa huraian
yang mendalam kerana akan dikembangkan dalam bab-bab seterusnya.

TIDAK ramai daripada kita menyedari
mengenai realiti bahawa politik dunia hari ini berada di bawah kuasa
pemerintahan golongan penyembah syaitan yang mengadakan konspirasi sejak
zaman berzaman melalui gabungan pertubuhan-pertubuhan rahsia atau
secret societies.

Sejarah kewujudan dan kelahiran secret
societies bermula seawal pemerintahan raja-raja Mesir purba (firaun)
yang mengambil masa ribuan tahun dahulu. Ia bermula dengan sejarah
pemerintahanFiraun Horus yang lebih dikenali dalam catatan hieroglif Mesir purba sebagai Tuhan Matahari atau Sun God.

Menurut catatan purba, Horus dilahirkan
permaisuri Mesir benama Isis ketika matahari sedang naik (menurut sumber
lain, nama Isis sebelum ditabal menjadi permaisuri ialah Merri) Horus
dikatakan lahir pada tarikh 25 haribulan pada bulan terakhir mengikut
Kalendar Matahari. Apabila dirujuk kitaran pusingan bumi semasa
kelahirannya, catatan astronomi Mesir purba pula merekodkan, kedudukan
tiga bintang yang dinamakan hari ini sebagai The Three Kings pada tarikh
Horus dilahirkan berada pada bacaan 135 darjah daripada bintang Sirius.
Manakala kedudukan matahari pula berada pada bacaan 315 darjah daripada
Sirius jika dilihat dari bumi. Bumi pula berada pada bacaan 315 darjah
dari Matahari. Dan kedudukan itu selari dimana Three Kings, Sirius,
Matahari dan Bumi berada di satu garisan yang sama. Kenapa fakta seperti
itu diketengahkan, akan dijelaskan nanti.

Berdasarkan catatan purba, Horus yang
mempunyai pengetahuan dalam ilmu sihir dikatakan banyak mengetuai
peperangan dalam meluaskan empayar dan salah satu daripada peperangan
itu menyebabkan mata kirinya buta walaupun Horus akhirnya memenangi
pertempuran. Disebabkan salah satu matanya menjadi buta, Horus digelar One-Eyed Sun God oleh golongan elit istana dan rakyat Mesir.

Juga dicatatkan, Horus akhirnya berjaya
digulingkan selepas dibelot dan disalib manakala badannya dikerat-kerat
sehingga darahnya memancut keluar. Horus juga dikatakan tidak mati
tetapi berada dalam matahari dan sedang memerhati manusia sehingga ia
kembali semula ke bumi untuk menjadi raja semula.

Perjalanan sejarah Horus jika dilihat
secara kasar mempunyai persamaan dengan perjalanan riwayat Jesus atau
Nabi Isa menurut kepercayaan Kristian hari ini. Horus dikatakan lahir
pada hari ke-25 pada bulan terakhir mengikut Kalendar Matahari, manakala
Isa pula menurut kepercayaan Kristian hari ini dikatakan lahir pada 25
Disember mengikut Kalendar Masehi (Gregorian/After Death atau A.D).
Kedudukan Three Kings, Sirius, Matahari dan Bumi juga berada pada bacaan
yang sama. Isa juga dikatakan disalib sebagaimana Horus.

Ini bukanlah untuk menimbulkan
perbalahan agama, tetapi mengapa wujud persamaan ini dalam catatan
sejarah. Mengikut sejarah Kristian, Jesus akhirnya disalib dan dibunuh
oleh penguasa Rom selepas menerima hasutan daripada golongan Yahudi yang
memusuhinya melalui bantuan pembelot Judas Escariot selepas menerima
rasuah wang 30 Derham.

(Kita sebagai umat Islam percaya
kenyataan yang sebaliknya dengan berpegang teguh kepada kalimah Allah
dalam Quran iaitu Isa ditemani Jibrail dan diangkat ke langit oleh Allah
beberapa ketika sebelum Judas (Yahudza) dijelmakan seperti Isa dan
disalib menggantikan Isa)

Bangsa Yahudi mempunyai kisah yang
panjang dalam sejarah manusia melalui sekuel-sekuel yang berpanjangan.
Bangsa ini wujud dalam setiap sejarah tamadun manusia. Mereka wujud
dalam sejarah Mesir, juga wujud dalam sejarah Babilon, begitu juga dalam
sejarah Rom, sama juga dalam sejarah Yunani. Sejarah mereka cukup
panjang. Perjalanan hidup bangsa itu bukan sahaja direkodkan oleh
penulis-penulis mereka sendiri melalui buku-buku sejarah bangsa mereka,
malah turut direkodkan dalam Quran dan kitab-kitab Allah yang terdahulu
melalui kisah-kisah kenabian sebelum Muhammad.

Pertama, kita pergi semula kepada
sejarah Mesir. Masyarakat Mesir mempunyai kepercayaan yang mendewakan
manusia, mempercayai firaun adalah tuhan. Tetapi kita jangan lupa,
politik Mesir purba juga banyak dipengaruhi ahli sihir yang terlibat
sama dalam pemerintahan Mesir. Kisah ahli sihir firaun juga diceritakan
secara terpeinci dalam Quran, kisah dalam Quran mengenai firaun adalah
lebih detail berbanding daripada kisah firaun dalam Bible Old Testament.
Namun Quran tidak menjelaskan nama firaun yang memerangi Musa, Quran
hanya sekadar menamakan raja itu sebagai firaun.



Ketika
pemerintahan Horus (juga tiada bukti kukuh untuk mengaitkan Horus dengan
firaun yang memerangi Musa kerana tidak diceritakan dalam Quran
mengenai identiti firaun yang dimaksudkan secara jelas) Ketika
pemerintahahan Horus, bangsa Yahudi telah lama menjadi hamba kepada
golongan istana dan juga menjadi hamba kepada tukang-tukang sihir. Bani
Israel ini hidup dalam keadaan tertindas. Namun sebahagian Bani Israel
ini menerima kepercayaan bahawa firaun itu adalah tuhan, pada masa yang
sama mereka bekerjasama dengan tukang-tukang sihir dalam menjayakan
cita-cita Horus mempeluaskan empayar Mesir dan seterusnya menguasai
dunia.

Lama kelamaan, amalan sihir ini menjadi
darah daging sebilangan golongan Yahudi ini dan mereka juga yakin dengan
kepercayaan bahawa firaun itu adalah tuhan yang menguasai sekelian alam
kerana syaitan boleh memberi setiap kemahuan mereka asalkan mereka
mengaku bahawa syaitan itu adalah tuhan mereka, mereka juga diperdaya
syaitan bahawa Tuhan (Allah) tidak menurut kemahuan mereka sebagaimana
syaitan memenuhi segala yang mereka inginkan termasuk kekayaan dan kuasa
politik. Pada masa yang sama, Yahudi satanis ini juga tahu Allah itu
tuhan sebagaimana ajaran nabi-nabi terdahulu seperti Ibrahim (Abraham)
dan Ishak (Isaac). Namun mereka lebih menginginkan kekuasaan dan
kemewahan dunia seperti dijanjikan syaitan melebihi ujian di dunia jika
menurut perintah Allah. Semasa zaman kenabian Musa, mereka juga tahu
Musa itu benar tetapi menafikannya.

Dalam Islam, sihir mempunyai kaitan
rapat dengan amalan penyembahan syaitan kerana ia adalah ilmu syaitan
dan manusia diharamkan untuk mendekati pengetahuan itu. Secara
langsungnya, agama Mesir purba ada kaitan dengan amalan sihir dan
merupakan penyembahan mutlak kepada syaitan. Horus juga mengikuti
ritual-ritual bersama tukang sihir, dan amalan sihir digunakan untuk
mengukuhkan kekuasaan politik dan senjata untuk memperluaskan empayar
Mesir bagi tujuan menakluk dunia. Namun kuasa sihirnya berjaya
dipatahkan oleh musuh ketika dalam peperangan sehingga menyebabkan mata
kirinya buta. Disebabkan kesungguhan Horus untuk menakluk dunia,
golongan Yahudi yang turut sama menyembah syaitan ini bertekad merancang
untuk menghidupkan semula Horus melalui perantaraan syaitan (walaupun
terpaksa mengambil masa yang lama).

Golongan Yahudi ini terus mengamalkan
penyembahan syaitan secara turun temurun melalui keturunan-keturunan
keluarga mereka sehingga ke zaman firaun-firaun seterusnya, bahkan terus
wujud sehingga berakhirnya zaman firaun dalam politik Mesir.

Golongan ini sedar bahawa mereka perlu
mengembangkan agama syaitan mereka untuk mencapai cita-cita
mengembalikan Horus. Mereka menyelinap masuk ke puak-puak Yahudi yang
lain (bangsa Yahudi ada 12 puak) dan mengembangkan fahaman mereka.
Mereka terus menyembah syaitan untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh
melalui sihir.

Mereka memasuki Assyria, Babilon, Rom,
Greek dan serata dunia sejak zaman berzaman. Yahudi penyembah syaitan
ini memasuki Babilon dan bekerjasama dengan Babilon untuk menjadikan
Yahudi di Jerusalem sebagai tawanan perang dan dibawa ke Babilon
dijadikan hamba pada tahun 536SM. Strategi ini dibuat bagi melupakan
bangsa Yahudi mengenai ayat-ayat Allah. Mereka merancang bersama Babilon
untuk menawan Jerusalem, merampas kekayaan Jerusalem dan mengubah
kitab-kitab Allah bagi menjayakan agenda mereka. Begitu juga yang
berlaku semasa zaman kenabian Isa. Mereka wujud dalam hampir semua
peristiwa di pentas sejarah manusia dan sejarah dunia.

Penentangan mereka kepada agama Allah
adalah disebabkan ajaran Tauhid menyembah Allah secara total dan
menyedarkan manusia mengenai musuh yang sebenar, iaitu syaitan.
Disebabkan syariat agama Allah melalui nabi-nabi terdahulu yang
menyedarkan manusia mengenai tipu daya syaitan, maka mereka berusaha
melenyapkan ajaran Tauhid. Pada masa yang sama memperluaskan agama
syaitan mereka ke seluruh dunia.

Semasa kenabian Muhammad, agenda mereka
terus berjalan dan nabi Muhammad menyedari agenda itu. Muhammad pernah
berpesan kepada sahabat-sahabatnya mengenai bahaya ancaman golongan itu
dan ia adalah ancaman Dajjal dan pengikut-pengikutnya yang menyembah
syaitan.

Hari ini, penyembah syaitan ini sudah
hampir kepada perancangan terakhir mereka untuk menghidupkan semula
Dajjal yang bermata satu, Horus atau One-Eyed Sun God. Bukti perancangan
dan agenda mereka berada di sekeliling kita tanpa semua di kalangan
kita sedar. Penyembah Allah (umat Islam) kini dihujani pelbagai fitnah,
dituduh sebagai pengganas dan sebagainya, ia adalah ancaman fitnah
pengikut dajjal (penyembah syaitan) seperti yang pernah dipesan oleh
Muhammad pada lebih 1400 tahun lalu. Islam yang merupakan satu-satunya
agama Allah yang masih mendokong Tauhid terus ditentang habis-habisan
dan cuba disesatkan sebagaimana ajaran-ajaran Tauhid terdahulu.

Kata-kata Muhammad terbukti benar.
Penyembah syaitan ini berlindung di sebalik pertubuhan-pertubuhan rahsia
yang berada diseluruh dunia, mereka bersatu di bawah agenda besar
Illuminati & The New World Order bagi mencapai cita-cita kedatangan
Messiah (al-Masih) yang mereka percaya iaitu Dajjal (Ad-Dajjal
al-Masikh) dan menidakkan kehadiran al-Mahdi yang sebenar yang diutuskan
Allah dan memerangi al-Mahdi Islami.

Perang akhir zaman akan kelihatan
seperti peperangan antara Yahudi, Nasrani yang memerangi Islam tetapi ia
sebenarnya adalah perangan antara Islam memerangi angkatan syaitan yang
bekerjasama dengan Yakjuj Makjuj. Ia kelihatan seperti Islam berperang
dengan Yahudi/Nasrani kerana Illuminati memperkuda dan berselindung di
sebalik dua agama itu dalam menjayakan agenda jahat mereka.

Setiap kekecohan dan perjalanan dunia
yang berlaku hari ini ada perancangnya, cuma satu kumpulan yang
merancangnya, mereka juga merancang seluruh sejarah dunia dengan bantuan
syaitan supaya kita berfikir bahawa setiap sejarah itu berlaku secara
kebetulan, tetapi sebaliknya ia dirancang dengan sangat licik oleh
generasi-generasi satanist. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat
halus..

Semua ini bukan satu teori kosong
semata-mata, terdapat bukti yang akan dihujahkan bagi menyokong setiap
bukti dan tanda-tanda yang ada. Sesungguhnya, kedatangan kiamat itu
benar, ujian Dajjal itu benar. SESUNGGUNNYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI
SETIAP APA YANG TERAHSIA DI LANGIT DAN DI BUMI. Penulis hanya berusaha
menyampaikan segala pengetahuan untuk dikongsi bersama saudara seagama
bagi melihat kebangkitan semula umat Islam pada hari ini.

Berpeganglah dengan kalimah iman: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu Rasul Allah.

dan

Ajarlah generasi kita supaya memberi
salam kepada sesama Muslim, mentaati perintah Allah, berzakat untuk
kebajikan Islam, menghormati orang tua, mematuhi mentaati ibu bapa,
menuntut ilmu, menjadi bijak, tidak kufur dan paling utama mengenali
kebenaran Tauhid kerana ia akan membebaskan diri kita daripada segala
kekeliruan dan menemukan kita kepada setiap jawapan.

bersambung di Bahagian 1: Pertubuhan Dajjal.. insya-ALLAH.


To be Continue...BAB 2
Back to top Go down
https://malaysia.1talk.net
 
BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» BAB 7 – ILLUMINATI : Merovingian
» Bab 5 – ILLUMINATI: Li & Kennedy Bloodline
» BAB 4 – ILLUMINATI: Collin Bloodlines
» BAB 6 - ILLUMINATI : Dari Baitulmaqdis Ke Baitullah
» BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysian WackWall Forum :: Forum Umum :: Pengetahuan Am-
Jump to: