Kilafairy Kecewa, Ada Orang Menyamar Dirinya Di Facebook 017587648

Pelakon baru, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan,
19, menyelar penyamar yang membuka akaun Facebook Kila Fairy.

Menurut pelakon filem Karak itu, akaun Facebook yang dibuka untuk para peminat itu bukan miliknya dan dia hanya mempunyai akaun Facebook bernama Kilafairy.

Kini, akaun Facebook palsu atas namanya itu mempunyai 247 peminat.

“Saya tidak pernah mewujudkan akaun Facebook untuk peminat tetapi hanya mempunyai akaun Facebook peribadi."

Kilafairy Kecewa, Ada Orang Menyamar Dirinya Di Facebook Kfbn
Laman Facebook yang palsu

“Jadi, saya mahu berpesan kepada peminat yang telah mendaftar sebagai
peminat saya di akaun Facebook Kila Fairy agar tidak tertipu kerana ia
merupakan akaun palsu,” ujarnya kepada mStar Online.

Selepas muncul dalam filem Karak yang belum ditayangkan di pawagam, dia turut menerima tawaran beberapa drama untuk slot Mistik Alam Hitam di Astro Ria seperti Pengasih Minyak Dagu dan Darah Pontianak serta drama Ayu Suraya yang juga disiarkan di Astro.

Biarpun seronok berlakon, Kila akui kadangkala terpaksa menolak beberapa
tawaran drama kerana sedang mengikuti pengajian dalam bidang Pengurusan
dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.

Selain berlakon, Kila juga menjayakan jemputan nyanyian untuk mana-mana majlis keraian.

Bagi yang ingin mendengar suara merdu Kila, boleh layari laman sesawang YouTube - Pixiedustiess's Channel.

Peminat juga boleh mengikuti Kila di laman Twitter iaitu @Kilafairy.



mStar Online