Malaysian WackWall Forum

Now Malaysian Can Connect Over The World
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigation
:: Portal ::
:: Forum ::
 :: Memberlist ::
:: Profile ::
:: FAQ ::
:: Search ::


AlertPay Easy Money Transfer 100% Free to register
 
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Google Translator
Latest topics
» IRC Flooder Script For Sale
Mon Oct 08, 2012 12:39 am by maxi.y.mateo

» utusan.com.my Being DDOS
Fri Jan 20, 2012 5:33 pm by Penjejak Badai

» PHP IRC Bot
Fri Dec 02, 2011 11:31 am by siperda

» SQL Injection Scanner By XShimeX
Mon Oct 24, 2011 6:22 pm by sucide_bomber

» Website Vulnerable Scanner Tools V1.01 By proqrammer
Mon Oct 24, 2011 6:21 pm by sucide_bomber

» Slowloris or XerXes Leak Version
Tue Sep 13, 2011 7:45 pm by sucide_bomber

» maisarah wuz here
Tue Sep 13, 2011 7:32 pm by sucide_bomber

» Sql Injection Tutorial
Tue Jul 19, 2011 2:56 pm by sucide_bomber

» XerXes Source Codes!!
Wed Jul 13, 2011 8:55 am by wackwall

» SQL Injection dalam bahasa Malaysia
Thu Jun 30, 2011 9:11 pm by sucide_bomber

» LFI Scanner ( Perl )
Mon Jun 27, 2011 8:21 am by wackwall

» Muhasabah diri tingkat kesyukuran, keinsafan umat
Mon Jun 27, 2011 3:56 am by sucide_bomber

» 5013 Webs With SQL Vuln
Mon Jun 27, 2011 3:50 am by sucide_bomber

» Saya mencari part time job online?
Mon Jun 27, 2011 1:19 am by sucide_bomber

» 16 exploits for hacking CC databases
Mon Jun 13, 2011 1:33 pm by sucide_bomber

Link Exchange
Online News


















Churp2x Campaign
Click Pada Iklan DiBawah & Dapatkan Ganjaran Anda
SEKARANG!



















Mangga Ads
NuffNang Ads

Share | 
 

 BAB 3 – ILLUMINATI: Keturunan Elit, Astor & Bundy Bloodline

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wackwall
Admin


Zodiac : Cancer Chinese zodiac : Rooster
Posts : 159
Points : 2626
Reputation : 2
Join date : 10/12/2010
Age : 35
Location Location : Sarawak

PostSubject: BAB 3 – ILLUMINATI: Keturunan Elit, Astor & Bundy Bloodline   Mon Jan 24, 2011 7:27 am

Bismillah, al-Rahman, al-Rahiim
Penulisan ini adalah untuk kesedaran kita semua, niat hanya kerana Allah…

Sebelum kita masuk kepada topik
keturunan Illuminati, adalah lebih baik kita memahami pesanan Muhammad
SAW terhadap umat Islam mengenai kepentingan menjaga, melindungi dan
memelihara keturunan para nabi.

Juga, fahami dahulu maksud penulis mengenai pesanan ini,sesungguhnya perang akhir zaman adalah peperangan antara keturunan para nabi memerangi keturunan musuh Allah.
Maksud hadis:

Rasulullah Saw bersabda, “Umatku,
sesungguhnya aku tinggalkan dua perkara yang besar untuk kamu, yang
pertama adalah kitabullah (Al-Quran) dan yang kedua adalah ithrati
(keturunan) ahlli baiti ku. Barangsiapa yang berpegang teguh menjaga
kepada keduanya, maka tidak akan tersesat selamanya hingga bertemu
denganku di telaga al-Haudh.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim ).
Maksud Hadis

“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga
ada seorang lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab,
namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” (Hadis riwayat Abu Dawud).

Rasulullah bersabda: “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” (Hadis riwayat Abu Dawud).

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang
Dajjal, yang belum diberitakan oleh nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya
dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka,
adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku
memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada
kaumnya.

Maka sebaik sahaja Yahudi mengetahui
bahawa Messiah (al-Mahdi) akan lahir daripada keturunan Muhammad, mereka
merancang pelbagai komplot untuk menghapuskan keturunan Muhammad. Ia
dimulakan dengan pembunuhan saudara Rasullullah iaitu Saidina Ali dan
usaha itu terus berlarutan… sehingga kiamat. Ia dibuat bagi menamatkan
keturunan Muhammad dan menghalang kelahiran a-Mahdi Islami dan
menjayakan cita-cita mereka mengembalikan al-Mahdi Palsu iaitu Dajjal
yang bermata satu.


Keturunan Elit yang memerintah dunia hari ini

Siapa yang menguasai dunia hari ini dan
merancang setiap peristiwa yang berlaku, dunia sebenarnya dikuasai oleh
13 keturunan (bloodline) Illuminati. Dengan memahami dan
mengenali semua keturunan illuminati ini, kita akan menemui banyak
jawapan kepada setiap agenda terselindung yang mereka rancang selama
ini.

Perancangan mereka termasuk menubuhkan
United Nations atau Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), penubuhan Israel
yang didalangi Rothschilds, rancangan mengasaskan ajaran Jehovah
Witnesses dalam mazhab Kristian, The Ignorant Worshippers (Black
Metal) dan banyak lagi. Kenyataan adalah jauh lebih asing daripada
rekaan.
Keturunan Illuminati ini adalah:

  1. Astor Bloodline
  2. Bundy Bloodline
  3. Collins Bloodline
  4. DuPont Bloodline
  5. Freeman Blodline
  6. Kennedy Bloodline
  7. Onassis Bloodline
  8. Li Bloodline
  9. Reynolds Bloodline
  10. Rockerfeller Bloodline
  11. Rothschild Bloodline
  12. Russel Bloodline
  13. Van Duyn Bloodline



dan…
*Merovingian (keturunan keluarga diraja di Eropah)

Kita juga akan memahami peranan
bloodlines ini dengan The Mormon Leadership sepanjang topik Keturunan
Illuminati ini berlangsung dalam sub-sub bahagian.





ASTOR BLOODLINE

Keturunan ini adalah kesinambungan
daripada darah Yahudi yang berhijrah ke Jerman sejak abad ke-18, namun
identiti Yahudi yang wujud dalam keturunan ini sejak zaman tamadun
Babilon tidak dapat dirahsiakan sekiranya kita menjejak mereka dengan
sumber sejarah. Salasilah keturunan ini mula direkodkan secara rasmi
oleh John Jacob Astor (1763-1884). Pada 1784, Jacob Astor mengadakan
pertemuan dengan sebuah pertubuhan rahsia di England untuk mendapatkan
sumber kewangan sebelum berhijrah ke Amerika dan menyertai sebuah
pertubuhan rahsia di Amerika iaitu Masonic Lodge.

Ketibaannya di Amerika disambut oleh dua
ahli Illuminati iaitu Presiden Jefferson dan Setiausaha Kerajaan
Amerika, Gallatin yang akhirnya memberi kuasa ekonomi dan politik kepada
Astor untuk terlibat sama dalam pemerintahan Amerika. Astor kemudian
mengadakan kerjasama dengan George Clinton (ahli Illuminati) dalam
memonopoli perdagangan di pelabuhan tanpa sebarang sekatan.

Astor bukan sahaja diberi kuasa ekonomi
melalui Committee of 300 di pelabuhan malah menjadi pengeksport candu
untuk di bawa ke China dalam menjayakan agenda Britain menjajah China
(tahu peristiwa perang candu di China?).

Seorang penulis sejarah, John
Coleman menjelaskan dalam bukunya, The Conspirator’s Hierarchy: The
Story of the Committee of 300, mukasurat 131: “John Jacob Astor made a
huge fortune out of the China opium trade …. it was the Committee of 300
who chose who would be allowed to participate in the fabulously
lucrative China opium trade, through its monopolistic BEIC, and the
beneficiaries of their largest remained forever wedded to the Committee
of 300.”

Pada hujung dekad 1800, Illuminati yang
dibiayai Freemason mula menggiatkan agenda dengan menubuhkan lebih
banyak ‘pertubuhan masyarakat’ dan pada masa yang sama mengadakan
mesyuarat secara rahsia (memperkuda) untuk merancang lebih banyak agenda
di sebalik pertubuhan masyarakat yang ditubuhkan. Pada 1901, keturunan
Astor menubuhkan Pilgrim Society yang sebenarnya melindungi
pergerakan Amer & Brit yang dianggotai ahli-ahli Illuminati
Peringkat Ke-6 atau Princes of the Illuminati.

Antara perancangan awal yang dijalankan
secara sulit ialah mencipta ideologi baru untuk melenyapkan kepercayaan
agama dengan kekuasaan ekonomi melalui strategi monopoli, dan
menggabungkan semua negara di dunia yang menerima pakai ideologi itu.
Perancangan itu dijayakan dengan kerjasama pertubuhan Skull & Bones
di Rusia. Nancy Astor (cucu perempuan John Jacob Astor) membuat lawatan
ke Rusia pada 1930 dan secara senyap mengadakan kerjasama dalam
merancang strategi komunism yang menolak kepercayaan kepada tuhan,
mengambil hati orang ramai melalui idea hak sama rata, memiliknegara
harta dengan memonopoli ekonomi, dan menyatukan negara-negara komunis
untuk berkuasa di bawah satu order.

Pilgrim Society masih wujud hingga kini
dan dikendalikan keturunan Astor termasuk anak cucu David Astor, John
Jacob Astor VIII dan William Waldorf Astor III. Pada 1970-an, Baron
Astor of Hever dilantik sebagai Presiden Pilgrims Society di London bagi
menjayakan agenda Illuminati melalui pertubuhan Skull & Bones di
London yang bergerak secara rahsia.

Satu sisi rahsia, keturunan Astor
berkembang daripada keturunan Astorga di Selatan Itali sejak abad ke-17.
Asal nama Astorga dan Astor adalah daripada nama ‘Astarte’ iaitu
wanita istana daripada keturunan diraja tamadun Babilon yang
mengamalkan ritual penyembahan syaitan. Astarte juga dikenali
sebagai Semiramis atau Tuhan Bulan (patung Statue of Liberty di Amerika
adalah manifestasi Semiramis). Semiramis juga disembah
bersama Nimrod dan Tammuz. Dalam agama Mesir purba; Semiramis, Nimrod
(Namrud) dan Tammuz disebut sebagai triniti Osiris, Isis, and Horus
(One-Eyed Sun God). Ia juga menjadi asas kepada kepercayaan triniti yang
diserap masuk ke dalam agama Rom dan Greek dan akhirnya mengubah kisah
Isa yang digelar Anak Tuhan seperti dalam ajaran Kristian hari
ini, triniti sebenarnya satu kepercayaan kuno yang berlegar dalam
persekitaran ritual penyembahan syaitan yang mendewakan manusia.











Gambar atas: Queen Semiramis memegang api di tangan kanan dan salib Babilon di tangan kiri.


Gambar bawah: Statue of Liberty
memegang obor (api) di tangan kanan. Kedua-duanya memiliki duri di
kepala. Apa maksudnya? Amerika adalah negara dikuasai penyembah syaitan
dan keturunan para pemimpinnya adalah daripada golongan yang mempercayai
agama purba dan menentang Allah sejak zaman para nabi.


Jadi,
keturunan Astor adalah kesinambungan daripada keturunan golongan diraja
penyembah syaitan sejak zaman tamadun awal Babilon dan Mesir, mereka
adalah keturunan pemerintah dari kalangan elit istana. Itulah yang
dimaksudkan keturunan elit (The Elites).

BUNDY BLOODLINE

Sekitar 1980-an, Ted R.Bundy merupakan
salah seorang pembunuh bersiri yang melakukan banyak pembunuhan terhadap
orang awam (orang awam yang tidak ada kaitan dengan kegiatan gangster).
Menurut taman wanita Bundy iaitu Elizabeth Kendall dalam bukunya, The
Phantom Prince My Life yang diterbitkan pada 1981, Kendall menyatakan
bahawa Bundy pernah menelefon dan memberitahunya mengenai ‘ada satu
kuasa yang meminta dia membunuh seseorang’.
Berikut adalah yang diberitahu Bundy kepada Kendall:



“I don’t
have a split personality. I don’t have blackouts. I remember everything
I’ve done. Like Lake Sammamish. We went out to Farrell’s for ice cream
after eating hamburgers. It wasn’t like I had forgotten or couldn’t
remember, but it was just over…gone…the force wasn’t pushing me any
more. I don’t understand it. The force would just consume me.”

“Aku tidak ada masalah kecelaruan
personaliti. Aku tak gila. Aku ingat setiap (perkara) yang aku buat.
Seperti di Lake Sammamish. Kita keluar ke (kedai) Farrell’s untuk beli
ais krim selepas makan burger. Ia bukan seperti aku lupa atau kurang
ingat, tapi semua sudah berlalu…. kuasa itu tak paksa aku (bunuh) lagi.
Aku tak faham. Kuasa itu hanya mahu guna (perlu khidmat) aku.”

‘The Force’ adalah merujuk kepada
peringkat tertinggi dalam Satanism. Ingat dalam filem Star Wars? Obi Wan
Kenobi berpesan kepada Luke Sywalker ‘The Force be with you’ (anda
faham agenda Hollywood? kita akan masuk ke topik Hollywood dalam
perbincangan lain).

Namun siapakah Ted Bundy? Bundy
merupakan seorang yang sangat misteri namun kebanyakan kes pembunuhan
yang dilakukan Bundy tidak diceritakan secara terperinci dalam
akhbar-akhbar di Washington ketika itu. Tetapi apabila kita mula
menyelongkar kisah sebenar Bundy dengan mengkaji pengaruh keluarganya,
kita dapati keturunan Bundy mempunyai kerjasama erat dengan syarikat
akhbar dan polis.

Latar belakang Bundy menjadi begitu
rahsia sehingga sukar untuk mengetahui setiap pergerakan dalam agenda
Illuminati. Ted Bundy adalah bekas pelajar perundangan di
University Puget Sound di Washington tetapi tidak memperoleh keputusan
cemerlang dalam pengajian dan pada masa yang sama melengkapkan ritual
pembunuhan. Namun yang menjadi kunci kepada perkaitan antara Ted Bundy
dengan Illuminati ialah, Bundy sanggup memandu dari Washington ke
Florida hanya semata-mata untuk menghadiri majlis kempen yang
dikendalikan Nelson Rockerfeller pada 1968. Bundy kemudiannya dilantik menjadi Penolong Pengerusi Jawatankuasa Pusat Parti Republikan di Washington.

Kemudian pada 1973, Bundy menjadi
sebahagian daripada Jawatankuasa Republikan Washington dan mengendalikan
Jawatankuasa Jenayah di Seattle. Walaupun tidak memperoleh keputusan
yang baik dalam pengajiannya, Bundy berjaya meraih kedudukan politik
yang kukuh di Washington dan pada masa yang sama bekerjasama dengan
ahli-ahli Illuminati yang berkhidmat sebagai polis untuk merancang dan
menjalankan ritual-ritual pembunuhan.









Gambar atas: Logo-logo polis di Amerika. Gambar bawah: Simbol Mason. Nampak ada persamaan simbol?



Sebahagian daripada generasi Bundy hari
ini memainkan pengaruh besar dalam menjayakan New World Order dengan
mengekalkan kuasa dalam politik di Amerika. Keturunan ini merupakan
antara Illuminati terawal yang berhijrah ke Amerika dan menganggotai
Congress pada abad ke-19 dan mula mengukuhkan kedudukan politik mereka
pada abad ke-20.

Dua kunci utama dalam mengaitkan Bundy
dengan Illuminati ialah keturunan ini mengendalikan Watch Tower Society
melalui Walter H. Bundy bersama keturunan Russel iaitu Charles Taze Russelpada1909 dan mereka sering berulang alik ke London dengan ‘tujuan’ yang tidak pasti.

Berikut adalah beberapa ahli-ahli keturunan Bundy dalam pergerakan rahsia:

1. Frederick McGeorge Bundy (1921); ahli Skull & Bones, Pengerusi North Atlantic Fillet Council

2. Harriet Lowell Bundy – berkahwin dengan Gasper d’Andelott Belin yang juga ahli Skull & Bones.

3. Harvey Hollister Bundy (1888-1963) –
Seorang ahli Skull & Bones pada 1909, juga merupakan Pembantu Khas
kepada Setiausaha War Stimson dalam Skull & Bones, mengendalikan
Manhattan Project dalam perdagangan gula dan pada 1952 dilantik sebagai
Presiden World Peace Foundation.

4. Harry W. Bundy – ahli Mason memegang peringkat darjah ke-9 Chief Adept Mason

5. McGeorge Bundy - ahli Skull &
Bones pada 1940, Presiden Ford Foundation, Ahli Mesyuarat Rahsia
Bilderberg, Penasihat Keselamatan Amerika.

6. William Putnam Bundy - ahli
Skull & Bones, ejen C.I.A, ahli Steering Committee, Pengerusi
National Goals. ahli Jawatankuasa kerjasama pertubuhan-pertubuhan Elit
di Washington.


To be Continue... BAB 4
Back to top Go down
View user profile http://malaysia.1talk.net
 
BAB 3 – ILLUMINATI: Keturunan Elit, Astor & Bundy Bloodline
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysian WackWall Forum :: Forum Umum :: Pengetahuan Am-
Jump to: