Malaysian WackWall Forum

Now Malaysian Can Connect Over The World
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigation
:: Portal ::
:: Forum ::
 :: Memberlist ::
:: Profile ::
:: FAQ ::
:: Search ::


AlertPay Easy Money Transfer 100% Free to register
 
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Google Translator
Latest topics
» IRC Flooder Script For Sale
Mon Oct 08, 2012 12:39 am by maxi.y.mateo

» utusan.com.my Being DDOS
Fri Jan 20, 2012 5:33 pm by Penjejak Badai

» PHP IRC Bot
Fri Dec 02, 2011 11:31 am by siperda

» SQL Injection Scanner By XShimeX
Mon Oct 24, 2011 6:22 pm by sucide_bomber

» Website Vulnerable Scanner Tools V1.01 By proqrammer
Mon Oct 24, 2011 6:21 pm by sucide_bomber

» Slowloris or XerXes Leak Version
Tue Sep 13, 2011 7:45 pm by sucide_bomber

» maisarah wuz here
Tue Sep 13, 2011 7:32 pm by sucide_bomber

» Sql Injection Tutorial
Tue Jul 19, 2011 2:56 pm by sucide_bomber

» XerXes Source Codes!!
Wed Jul 13, 2011 8:55 am by wackwall

» SQL Injection dalam bahasa Malaysia
Thu Jun 30, 2011 9:11 pm by sucide_bomber

» LFI Scanner ( Perl )
Mon Jun 27, 2011 8:21 am by wackwall

» Muhasabah diri tingkat kesyukuran, keinsafan umat
Mon Jun 27, 2011 3:56 am by sucide_bomber

» 5013 Webs With SQL Vuln
Mon Jun 27, 2011 3:50 am by sucide_bomber

» Saya mencari part time job online?
Mon Jun 27, 2011 1:19 am by sucide_bomber

» 16 exploits for hacking CC databases
Mon Jun 13, 2011 1:33 pm by sucide_bomber

Link Exchange
Online News


















Churp2x Campaign
Click Pada Iklan DiBawah & Dapatkan Ganjaran Anda
SEKARANG!



















Mangga Ads
NuffNang Ads

Share | 
 

 Bab 5 – ILLUMINATI: Li & Kennedy Bloodline

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wackwall
Admin


Zodiac : Cancer Chinese zodiac : Rooster
Posts : 159
Points : 2626
Reputation : 2
Join date : 10/12/2010
Age : 35
Location Location : Sarawak

PostSubject: Bab 5 – ILLUMINATI: Li & Kennedy Bloodline   Mon Jan 24, 2011 7:32 am

LI BLOODLINE (Kunci Illuminati di Asia)

Nama orang Cina terbina daripada dua
atau tiga abjad simbol. Satu kajian di Peking pada 1970-an mengenai nama
orang Cina menunjukkan, sebelum 1966 kira-kira 90 peratus daripada nama
orang Cina mempunyai tiga simbol. Namun hari ini, separuh daripada
populasi masyarakat Cina hanya menggabungkan dua simbol untuk membentuk
nama mereka.

Simbol pertama bagi nama orang Cina
adalah daripada nama keluarga Xiang bagi Cina etnik Han iaitu majoriti
masyarakat Cina hari ini. Bagi yang menggabungkan tiga simbol, abjad di
tengah biasanya mewakili nama generasi terdahulu dan ada juga yang
merupakan nama yang diberi kepada individu.

Bagi orang Han, terdapat lebih 3,500
nama keluarga yang digunakan. Tetapi tiga nama keturunan yang merupakan
jumlah terbesar dalam masyarakat Cina di seluruh dunia hari ini seperti
Li ( ) juga dengan ejaan Lee dalam tulisan rumi, Zhang ( ) dan Wang ( ),
bilangan orang Cina yang berketurunan Li mewakili 22 peratus daripada
keseluruhan orang Cina di seluruh dunia.



Simbol nama Li atau Lee

Nama keturunan atau keluarga Cina yang
kerap diguna di negara-negara Barat pula adalah Chan, Lin, Li, Wong,
Huang, Mei, Yang, Chin, dan Fong. Manakala di Tanah Besar China pula,
nama keluarga Chen, Li, Zhang, He, dan Huang adalah yang paling besar
peratusnya.

Nama keluarga Li adalah sangat popular
di China dan serata dunia dan setiap orang Cina yang membawa nama Li
menganggap mereka adalah bersaudara, mempunyai pertalian darah walaupun
pada hakikatnya ia tidak semestinya mempunyai hubungan darah. Bahkan ada
di antara dua individu yang menggunakan nama Li akan mengahwinkan
anak-anak mereka dengan keluarga lain yang turut mengguna nama Li bagi
tujuan mengikat hubungan darah. Ia adalah budaya yang tersendiri yang
diamalkan oleh masyarakat Cina berketurunan Li di China. Malah ia juga
sama dengan amalan keturunan Collin, berkahwin sesama keturunan sendiri
untuk mengekalkan garis darah.

Menurut kamus nama orang Cina iaitu Xing
Zuan, sejarah keturunan Li mempunyai sejarah yang panjang dan bermula
dengan Maharaja Zhuanzu pada sekitar tahun 2000 SM. Juga direkodkan
dalam Xing Zuan, ketika zaman Dinasti Tang (618 hingga 906 SM),
kira-kira 15 pembesar dianugerahkan nama Li sebagai nama keturunan,
bahkan keturunan Dinasti Tang juga menggunakan nama Li apabila Li Shimin
menjadi Maharaja.

Malah ada juga teori mengatakan
keturunan Cina yang mewarisi nama Li (Lee) terutama di Eropah dan
Amerika turut beberapa kali mengalami perubahan menjadi Lim dan Lei.
Lain-lain teori pula mengatakan keturunan Li turut berpecah kepada
beberapa nama keluarga lain menjadi Liew dan Chin atau Xin (mungkin nama
Chin atau Xin terhasil selepas gabungan antara simbol-simbol lain
dengan simbol Li menerusi perkahwinan sehingga membentuk nama Chin)
selain Lim dan Lei.

Juga terdapat teori-teori yang
mengatakan nama orang Cina boleh dibentuk menjadi nama-nama lain selepas
dua atau tiga nama digabungkan dalam satu simbol menjadi satu nama
baru.

Terdapat tiga nama Li yang menonjol
dalam dunia moden iaitu iaitu Li Ka Shing, Li Peng dan Lee Kuan Yew.
Kita fokus kepada Li Peng dan Lee Kuan Yew.

Li Peng dikenali sebagai salah seorang
tokoh dalam kerajaan Red China (1928-1976) atau dikenali sebagai Askar
Merah Komunis China ketika China dikenali dengan nama People’s Republic
of China. Ketika period pemerintahan Red China, direkodkan Rockerfeller
dan Rothschild mempunyai hubungan dengan Red China, juga direkodkan Li
Peng pernah bertemu Rockerfeller dan Rothschild di New York. Timbul
persoalan, kenapa Li Peng yang berfahaman komunis bertemu Rothschild dan
Rockerfeller di New York sedangkan Amerika hingga kini dikenali sebagai
Negara kuasa besar yang menentang komunis (atau hanya sekadar berdrama
seperti membenci komunis?).



David Rockerfeller dalam satu pertemuan dengan Li Chiang, bekas pemimpin Red China



Ideologi Red China memainkan peranan
penting bagi keluarga Li dalam menjayakan New World Order menerusi
komunisme di tanah besar China.

Li Peng merupakan anak kepada seorang
berfahaman komunis. Li Peng menerima pendidikan di Moscow, Soviet Union
(kini Rusia) dan diasuh seperti golongan elit yang lain supaya menjadi
pakar dalam selok belok komunisme.

(Komunisme adalah satu ideologi yang
terhasil selepas pertemuan Anne Collin, Pierre du Pont dan beberapa
keturunan Illuminati yang lain termasuk golongan pecahan
Merovingian Rusia atau saki baki Tsar dalam pertemuan yang diadakan di
Jerman untuk mencapai objektif New World Order, ideologi ini kemudian
diserap masuk ke Jerman dan Rusia sehingga membentuk Nazi dan Soviet
Union, seterusnya ke China membentuk Red China)

Pada 1976, Lee Kuan Yew mengadakan
pertemuan dengan ketua kerajaan Red China, Mao Tse Tung yang juga
mempunyai pertalian darah dengan keturunan Li.Intipati sebenar pertemuan
itu pula tidak mempunyai penjelasan kukuh, ia hanya dikenali sebagai
pertemuan untuk merapatkan hubungan sejarah antara perdagangan China
dengan Singapura ketika sebelum era kolonialisme di Tanah Melayu.

Mao juga melantik Li Ta Chao sebagai
ketua komunis di utara China semasa peperangan antara puak
pro-demokrasi. Li Ta Chao juga adalah ahli pertubuhan rahsia Red Spears,
kita lebih kerap menggunakan istilah kongsi gelap apabila merujuk
kepada kegiatan rahsia masyarakat Cina, ia sebenarnya lebih sesuai
dinamakan pertubuhan rahsia yang mempunyai agenda besar dan berbahaya
kepada penganut agama Allah.

Kembali kepada era kemerdekaan China
daripada penjajahan British, tokoh yang terkenal dalam sejarah
kemerdekaan China moden ialah Sun Yat Sen. Tokoh ini yang merupakan
pemimpin kepada 268 cawangan pertubuhan rahsia di China, Amerika,
Singapura dan Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) seperti pertubuhan
Chung Wo Tong, Tai Luk Shan dan Kwok On Wui, dia juga memainkan peranan
besar dalam menggulingkan pemerintahan sistem monarki di China dan
menubuhkan republik. Sun Yat Sen juga mempunyai hubungan yang baik
dengan Amerika dan menerima pendidikan barat.





Dr. Sun Yat Sen



Secara sulitnya, Sun Yat Sen juga
direkodkan sebagai ahli Freemason menurut sumber-sumber Freemason, dia
adalah individu terpenting dalam penyebaran fahaman komunis di sekitar
Asia termasuk di Malaysia (sila baca semula buku sejarah Malaysia
mengenai bab kemunculan komunis di Malaya, dan fahami sentimen apakah
yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya).



Chin Peng (nama sebenar ialah Ong Boon Huat), Ketua Parti Komunis Malaya yang pernah menjalankan agenda komunis di Malaysia


KENNEDY BLOODLINE

Keturunan Kennedy mengalami banyak
proses pecahan menerusi perkahwinan dengan keturunan-keturunan lain
seperti Bailey, Booth, Buckley, Collin, Hatfeild, Humphrey, Freeman,
James, Phelps, Reagan, Russel, Smith dan Fitzpatrick.

Perkahwinan antara keturunan Kennedy
dengan keturunan Collin, Freeman, Russel dan lain-lain tidak perlu
disebutkan di sini kerana yang penting ialah menjejak perkahwinan antara
Kennedy dengan Fitzpatrick.

Fitzpatrick menurut satu sumber,
dikatakan berasal daripada garis keluarga yang mempunyai pengaruh di
Ireland dan mempunyai pecahan lain di Perancis, malah dikatakan
mempunyai pertalian dengan golongan Yahudi yang terlibat dengan komplot
mengubah Taurat dan Zaboor di Babilon.

Dalam rekod lain pula, keturunan Kennedy
turut mengahwini keturunan Onassis yang mempunyai pertalian darah
dengan keturunan Auchincloss, iaitu salah satu keturunan Illuminati dari
Scotland (bukan dari senarai Top 13 Illuminati).

Nama keturunan Kennedy berasal daripada
nama O’Kennedy, Cinneide dan Caeneddi dari Ireland. Keturunan ini
menjadi semakin berpengaruh pada abad ke-17 apabila berpecah kepada tiga
pecahan utama iaitu Don, Fionn dan Rua. Kemudian keturunan ini
berhijrah ke Scotland, England dan Perancis bermula tahun 1600, mereka
terus berkahwin dengan orang tempatan dan menukar nama keturunan.

Menurut buku The Widow’s Son: The
Historical Illuminatus Chronicles yang ditulis oleh seorang Freemason
bernama Robert A. Wilson, dia mengaitkan Brian Caeneddi sebagai Kennedy
pertama yang dikenalpasti dalam gerakan Illuminati di sekitar Eropah dan
Amerika. Malah dikatakan Caeneddi yang menjadi Kennedy juga mempunyai
hubungan darah dengan Merovingian.

Pada 22 November 1963 di Dealy Plaza,
Dallas, Texas, Presiden Amerika ke-35 iaitu John. F.Kennedy (JFK)
dilaporkan mati selepas ditembak dalam satu majlis perarakan. Siasatan
yang dilakukan oleh beberapa badan berkuasa khas iaitu Jawatankuasa
Warren dan US House Select Committee on Assasination (HSCA) mendapati
Kennedy ditembak mati oleh Lee Harvey Oswald. Namun, Lee Harvey Oswald
pula ditembak mati oleh seseorang sebelum dia sempat dibicarakan.
Kemudian pada 1979, timbul pertikaian apabila National Academy of
Science memperoleh bukti meragukan terhadap plot kematian Lee Harvey
Oswald dan juga bukti tidak munasabah terhadap siasatan terdahulu oleh
HSCA dan Jawatankuasa Warren berkaitan kematian Lee Harvey Oswald
sebelum sempat dibicarakan.





John F.Kennedy



Mengapa JFK dibunuh? Cuba fahami
maksud ucapan JFK ini yang diucapkan kepada pihak media di
Waldorf-Astoria Hotel, New York pada 27 April 1961: Ucapan itu adalah
punca JFK dibunuh:

“For we are opposed around the world by a monolithic and ruthless conspiracy that relies primarily on covert means
for expanding its sphere of influence, on infiltration instead of
invasion; on subversion instead of elections; on intimidation instead of
free choice
; on guerillas at night instead of armies by day.

It is a system which has
conscripted vast human and material resources into the building of a
tightly knit, highly efficient machine that combines military,
diplomatic, intelligence, economic, scientific and political operations.


Its preparations are concealed, not published. Its mistakes are buried, not headlined. Its dissenters are silenced, not praised.

“No expenditure is questioned. No rumor is printed. No
secret is revealed. It conducts the cold war, in short, with a wartime
discipline no democracy would ever hope or wishes to match
.

“Nevertheless, every democracy recognizes the necessary restraints of national security and the question remains whether those restraints need to be more strictly observed if we are to oppose this kind of attack as well as outright invasion.”

Dan mengapa pula Kennedy mendedahkan
konspirasi itu? JFK menjadi individu pertama yang mendedahkan konspirasi
rahsia secara terbuka dan menjadi kunci kepada terbongkarnya gerakan
Illuminati pada zaman moden. Namun, dia segera dibunuh bagi menutup
gerakan Illuminati. Jawapan kepada mengapa JFK mendedahkan konspirasi
itu, ia kekal misteri namun ia menjadi petunjuk kepada satu clue. Clue
tersebut ialah.. setiap Presiden Amerika termasuk Kennedy memegang semua
rahsia gerakan Freemason dan Illuminati sejak dari awal penubuhan
Amerika kepada kemerdekaannya sehingga hari ini. Ia terkandung dalam
dokumen yang hanya disebut sebagai ‘The President’s Book’. Buku itu akan
diperturunkan kepada setiap Presiden yang baru, yang mengandungi sebab
mengapa mereka dilantik sebagai presiden, kepada siapa mereka bekerja,
dan untuk apa mereka bekerja. Presiden ialah ‘The Secret Keeper’ dan ‘The Official Hand for The Hidden Hand’.

Dan jawatan Presiden Amerika bukan
dipilih secara pilihanraya, ia telah ditentukan dan dipilih daripada
kalangan keturunan elit Illuminati. Pilihanraya di Amerika bukan satu
proses demokrasi yang dimegahkan mereka, mereka sendiri tidak
mengamalkan demokrasi.

Kempen demokrasi yang disebar ke Iraq,
Afghanistan dan lain-lain negara hanya satu ilusi, ia adalah alasan
untuk menakluk setiap daerah ‘suci’ di negara-negara yang dijajah, Iraq
mewarisi tanah Babilon dan Sungai Tigris, Palestin mewarisi Kuil
Sulaiman dan Jerusalem. Dan mereka kini merancang menyerang Iran yang
mewarisi pengetahuan salasilah ahlul biaiti untuk memusnahkan harapan
terakhir Islam iaitu kelahiran Imam al-Mahdi dari salasilah Nabi
Muhammad, dan Mesir yang sudah lama tunduk dengan kekuasaan Amerika juga
mewarisi Sungai Nil. Amerika menceroboh negara Islam atas alasan untuk
menghidupkan demokrasi padahal Amerika sendiri bukanlah sebuah negara
demokrasi. Amerika adalah sebuah negara Dinasti Illuminati !!! Presiden yang dilantik adalah yang sudah ditentukan !!!



Bendera Israel




Kenapa Amerika dan Zionis mahukan
Babilon, Sungai Tigris, Sungai Nil, Kuil Sulaiman dan Jerusalem?
Jawapannya berada pada bendera Israel dimana garisan biru di atas secara
samar bermaksud Sungai Tigris (mereka sudah berjaya membonekakan Iraq
untuk memperluas jajahan ke Sungai Tigris), garisan biru di bawah pula
ialah bermaksud Sungai Nil (Mesir juga sudah lama tunduk dengan Amerika)
dan bintang David di tengah pula mewakili Jerusalem yang terletaknya
Kuil Sulaiman, warisan monumen yang menyimpan rahsia besar (rahsia itu
juga sudah digali dan diambil) rahsia yang disembunyikan Nabi Sulaiman,
putera Nabi Daud (David) di bawah salah satu bangunan istana.



Kedudukan: Sungai Tigris berada pada
garisan biru dekat Al-Mawsil, Sungai Nil berada pada garisan biru dekat
el-Minya dan Jerusalem terletak di Israel






Perancangan
mereka kini di peringkat akhir iaitu selepas Sungai Tigris, Sungai Nil
dan Jerusalem sudah berjaya dikuasai. Ia adalah kerana Tanah Yang Dijanjikan
terletak di kawasan antara jarak dari sempadan Sungai Nil hingga
sempadan Sungai Tigris dan Jerusalem adalah ibu kotanya. Dan mereka
hanya menunggu masa untuk mentabalkan Dajjal, seorang lelaki misteri
bermata satu sebagai raja. Masa itu sudah terlalu hampir!!!




To be Continue... BAB 6
Back to top Go down
View user profile http://malaysia.1talk.net
 
Bab 5 – ILLUMINATI: Li & Kennedy Bloodline
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysian WackWall Forum :: Forum Umum :: Pengetahuan Am-
Jump to: