Malaysian WackWall Forum

Now Malaysian Can Connect Over The World
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigation
:: Portal ::
:: Forum ::
 :: Memberlist ::
:: Profile ::
:: FAQ ::
:: Search ::


AlertPay Easy Money Transfer 100% Free to register
 
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Google Translator
Latest topics
» IRC Flooder Script For Sale
Mon Oct 08, 2012 12:39 am by maxi.y.mateo

» utusan.com.my Being DDOS
Fri Jan 20, 2012 5:33 pm by Penjejak Badai

» PHP IRC Bot
Fri Dec 02, 2011 11:31 am by siperda

» SQL Injection Scanner By XShimeX
Mon Oct 24, 2011 6:22 pm by sucide_bomber

» Website Vulnerable Scanner Tools V1.01 By proqrammer
Mon Oct 24, 2011 6:21 pm by sucide_bomber

» Slowloris or XerXes Leak Version
Tue Sep 13, 2011 7:45 pm by sucide_bomber

» maisarah wuz here
Tue Sep 13, 2011 7:32 pm by sucide_bomber

» Sql Injection Tutorial
Tue Jul 19, 2011 2:56 pm by sucide_bomber

» XerXes Source Codes!!
Wed Jul 13, 2011 8:55 am by wackwall

» SQL Injection dalam bahasa Malaysia
Thu Jun 30, 2011 9:11 pm by sucide_bomber

» LFI Scanner ( Perl )
Mon Jun 27, 2011 8:21 am by wackwall

» Muhasabah diri tingkat kesyukuran, keinsafan umat
Mon Jun 27, 2011 3:56 am by sucide_bomber

» 5013 Webs With SQL Vuln
Mon Jun 27, 2011 3:50 am by sucide_bomber

» Saya mencari part time job online?
Mon Jun 27, 2011 1:19 am by sucide_bomber

» 16 exploits for hacking CC databases
Mon Jun 13, 2011 1:33 pm by sucide_bomber

Link Exchange
Online News


















Churp2x Campaign
Click Pada Iklan DiBawah & Dapatkan Ganjaran Anda
SEKARANG!



















Mangga Ads
NuffNang Ads

Share | 
 

 BAB 8 : Jejak-Jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wackwall
Admin


Zodiac : Cancer Chinese zodiac : Rooster
Posts : 159
Points : 2620
Reputation : 2
Join date : 10/12/2010
Age : 35
Location Location : Sarawak

PostSubject: BAB 8 : Jejak-Jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah   Mon Jan 24, 2011 7:41 am



Mahu atau tidak mahu, kita harus
meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus
diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap
pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh
orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak
permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan
sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri),
maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita
sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala
pahit, dan ada kala sangat manis.

Penulis tahu, ada segelintir pembaca
yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering
keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya
ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu
berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah
ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan
tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya
sebagai misteri…the puzzle.

Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu
garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis.
Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu
kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan
sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.

Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb),
kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali
sains….KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK
DIPERBODOHKAN !!!

Topik yang akan disampaikan kali ini
adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada
topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan
mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada
akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan
yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati
yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil
dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui
kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan
kita semua.

Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk
mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik
tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH.
Penulis menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras
dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam
kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil
kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam
menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga
digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh
Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia
jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia
hari ini. Usah tidur lagi.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar
dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama,
sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus
diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu
berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah
Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan
kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang
bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman
berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita
diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa
kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap
kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin
penulis cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat penulis ini
dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.


KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL.

Mengenalpasti & Menyusun kod

Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam

Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus
memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui
hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan
oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan
ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka,
adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku
memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada
kaumnya.


Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar
suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama
Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki.
Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

“Hendaklah kamu semua duduk di tempat
solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?” Seorang
sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Lalu baginda
menyambung: “Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya
seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim)
menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua
perihal Dajjal.”

“Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia
pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka
dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di
tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di
pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu
tebal, lalu mereka berkata: “Apakah kamu ini?”. Makhluk itu menjawab:
“Aku pengintip rahsia (Jassasah)” Mereka bertanya lagi: “Pengintip
apa?”. Makhluk itu menjawab: “Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu.”

Tiba di biara itu, mereka melihat
sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher.
Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali. Kemudia mereka bertanya:
“Siapa kamu ini?” Lelaki yang dipasung itu menjawab: “Ceritakan
kepadaku tentang kurma di Baisan.” Mereka menjawab: “Ia sudah hampir
tidak berbuah lagi.” Lelaki dipasung itu bertanya lagi: “Bagaimana pula
dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?” Lalu mereka jawab:
“Airnya hampir kering.”

Dia bertanya lagi: “Bagaimana dengan
nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?” Mereka menjawab: “Dia
telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah).”

Dia bertanya: “Apakah orang-orang Arab
memeranginya lagi?” Mereka menjawab: “Ya. Mereka memeranginya.” Dia
bertanya lagi: “Bagaimana perlakuan mereka?” Mereka jawab: “Dia
(Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab
kini mengikutinya.” Lelaki itu berkata: “Itu benar terjadi?” Mereka
menjawab: “Benar. Itu yang benar terjadi”

Lelaki itu berkata: “Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal.
Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar
nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah
(Madinah) kerana aku dihalang para malaikat.”
Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah
pun berkata: “Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah
memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin
ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku
sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut
Yaman, di arah Timur”

Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: “Itulah yang aku dengar dari Rasullallah.”

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue
iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak.
Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan
lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan
keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap,
sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu
maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia
juga satu pernyataan konkrit.


Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

- akan muncul pada akhir zaman
- mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- menyebar fitnah dan dusta

Kod-kod sumber Yahudi

“This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666).” (Bible, Revelation 13:18)

- ayat ini bermaksud, hanya orang yang faham sahaja akan menyedari angka 666.


“For many deceivers are entered into the
world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a
deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)

- ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta





Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.



Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)




Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God

Dalam artikel sebelum ini, penulis ada
menceritakan secara ringkas mengenai Horus The Sun God iaitu salah
seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal
dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth.
Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan
tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin
yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada
kekejaman Seth.

Peperangan tersebut menjadi satu perang
besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth
dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.

Horus dikatakan bermati-matian menentang
Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada
kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian
abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.

Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan
pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan
Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari
dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian
lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya
bagi tujuan bersembunyi.

Bagaimanapun, Horus The Sun God pula
dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia
telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta,
kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi
sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka
strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing
sungai itu.

Setelah beberapa tahun selepas
peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir
yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan
restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula
mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.

Melalui epik itu juga, Seth pada satu
malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi
wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth
pula kelihatan seperti Horus. Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan
seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap,
Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.

Semasa disalib dan ditikam sehingga
memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih
ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth.
Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat
bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia,
menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan
terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan
dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil
memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk
kembali ke bumi. – maklumat disusun daripada Ancient Egyptian Myth & Book of the Deads.







kod 2:



Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan) menurut kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan seperti makhluk asing




Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan

Lelaki ini digambarkan sebagai seorang
tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga
dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik.
Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk
pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya
piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.

Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan
yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber
pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan
dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti
pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun
pendedahan dengan tamadun luar.



Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu




Adrian
Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies
menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar
yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan
Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim
ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang
lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki
itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal
dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah.
Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim
mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada
Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan
Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu
hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari
kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang
dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu
alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).

Teori Cotterell dan Gilbert juga selari
dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan
tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert
juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan
adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis.
Teori penulis ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal
sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan
dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan
akan timbul kembali pada akhir zaman.



Kalendar Mayan yang berbentuk matahari



Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl
disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu.
Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di
planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah
difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun
2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau
mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?

Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan
tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu
mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan
pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal
AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya
hampir sama.



kod 3:



Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?



Piramid Xian dan Mayan tersebut mungkin separuh siap seperti piramid dalam rajah ini.. hanya menunggu ketibaan semula mata itu. [i]Segala-galanya mengenai matahari, segitiga bermata satu itu [i]juga digambarkan bersinar sebagaimana matahari.[/i][/i]



Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth

Kita teroka pula dalam kisah sejarah
tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang
berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara
kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga
menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’
mereka (Dajjal – God of Pagan) di China semasa era penjajahan.

Monumen dan artifak Terracota Warriors
yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar
mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi
Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New
World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama
seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi
lain di dunia.





Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi



Tamadun China juga meninggalkan
salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid
yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota
Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka
setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam
tulisan Cina.

Bahasa Cina dibina daripada gabungan
suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan
pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila
disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk
ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu
bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina.
Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “…pemerintah akan
kembali…..penghujung waktu…” – maklumat disusun daripada The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.

Siapa pemerintah yang dikatakan akan
kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang
akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej
bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.





kod 4:










Sebuah piramid misteri di dasar laut di perairan Okinawa di Jepun




Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun

Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun
kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya
sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini
wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah.
Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih
tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid
gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang
dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut.
Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan
kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada
sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum
peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat
peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu
sebelum piramid Mesir dibina.

Paling menarik, juga wujud satu binaan
berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak
banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang
dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod
piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.

Manakala teori penulis pula, ia
menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah
sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal
meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud
terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan
perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.





kod 5:



Sebuah obelisk di kota Kristian, Vatican City




Kod #5: Obelisk, struktur pelik sejak zaman sejarah

Obelisk ialah struktur tiang tegak
berbucu seperti piramid di atasnya. Struktur ini wujud sejak zaman
sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia dan terus dibina di beberapa lokasi
‘terpilih’ di seluruh dunia ketika zaman moden. Kewujudannya juga
mengandungi misteri yang tidak terjawab secara konkrit, motif
pembinaannya kekal misteri.



Obelisk di Ethiopia



Di Mesir





Paris





London





Turki





Washington, Amerika

Ada juga obelisk yang tertera tulisan
kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seperti meninggalkan mesej
kepada umat manusia mengenai sebab ia dibina, juga mungkin mesej
mengenai ‘seorang manusia’. Obelisk dipercayai pertama kali dibina di
Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM).
Ia juga mungkin sebagai salah satu ‘tanda’ kewujudan Dajjal di sesuatu lokasi itu, ia adalah kod kehadiran Dajjal di situ.





kod 6:



Stonhenge ketika matahari terbit




Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik

Para pengkaji sejarah menemui fakta di
mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan
itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba
dan juga lokasi kegiatan ritual.

Stonehenge dikatakan dibina untuk
merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam.
Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun
secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti
secara tepat.

Ia juga menjadi kompas bintang di bumi
yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan
matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya
terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik
dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.

Timbul persoalan, kenapa manusia zaman
purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka untuk
mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh seseorang
untuk tujuan khusus?

Jika diperhatikan, segala-galanya
mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang mahu
kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini kerana mampu membina
monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga
salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi
memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.





kod 7:





Menara Babel di Babilon seperti diceritakan dalam al-Quran melalui kisah Namrud




Kod #7: Triniti agama pagan

Sesuatu yang masih menjadi pertanyaan
dalam agama Kristian adalah kesukaran untuk menjelaskan maksud doktrin
triniti. Doktrin triniti yang mula digunapakai dalam agama Kristian
dipercayai bermula pada tahun 325 M dalam Konsili Nicea, iaitu selepas
ketiadaan Nabi Isa.

Namun pegangan triniti sudah bermula
seawal zaman Babilon, Greek dan Gnostik Yahudi, sebelum kedatangan Isa
lagi. Dan, Gereja Katolik pula menetapkan, barangsiapa yang tidak
mempercayai triniti seperti dalam kepercayaan terdahulu adalah tergolong
dalam golongan yang ‘tidak dapat diselamatkan’. Ia juga bermaksud,
fahaman triniti sengaja diserap dalam agama Kristian sebagaimana pernah
dipegang masyarakat Babilon, Mesir dan Greek bagi menjamin kesinambungan
satu kepercayaan lain. Ia adalah kepercayaan pagan.

Semua agama pagan sejak zaman Babilon
mengamalkan kepercayaan dalam kitaran ‘keluarga tuhan’ iaitu tuhan
mempunyai anak – ia pula lebih menjurus kepada menyembah selain tuhan
yang satu. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod (Namrud),
Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia adalah
Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti adalah
Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula adalah
Zeus, Athena dan Apollo.

Ia seakan menyampaikan kesinambungan
satu agama sejak zaman berzaman, dan kesinambungan itu pula secara
terang mengambil kesempatan terhadap keajaiban kelahiran Isa dan
seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga wujudnya agama triniti baru
iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak
(Jesus) dan Roh Suci.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu
tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk urusan
Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit
(mengenainya)
. (Quran, al-Isra: 85)

“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan
janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.
Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan
(yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam,
dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan
rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”,
berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya
Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala
yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi
Pemelihara.”
(Quran, an-Nisa: 171)

“Sesungguhnya kafir lah orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu dari yang tiga. Padahal Allah hanya Satu!”(Quran, al-Maidah: 73)

“Dan mereka berkata “Allah punya Anak” sesungguhnya kamu yang
berkata demikian telah mendatangkan sesuatu hal yang sangat mungkar,
hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah dan
gunung-gunung runtuh karena (mereka) telah menuduh Allah mempunyai Anak,
adalah hal aneh bahwa Allah mempunyai anak”
(Quran, Maryam: 90)

“Orang-orang Yahudi berkata “Uzair (Ezra) itu anak Allah dan orang
nasrani berkata al-Masih (Isa) anak Allah” demikian ucapan mereka
meniru kata-kata orang-orang kafir sebelumnya. Allah pasti
membinasakannya, bagaimana mereka dapat berpaling?”
(Quran, at-Taubah: 30)

Benarlah kata-kata Allah, Dia tidak mempunyai anak.


Dalam agama Mesir purba, proses
kelahiran Horus (ingat kedudukan bintang dalam artikel sebelum ini?
Mesej kedudukan bintang ini pula seperti mahu disampaikan dalam binaan
Stonehenge yang memetakan kedudukan bintang-bintang) dan kematiannya
adalah sama dengan riwayat penyaliban Isa dalam agama Kristian. Adakah
ia satu kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu dengan mengambil
kesempatan terhadap peristiwa salib? Licik.

Namun dalam kitab Old Testament, tiada
istilah triniti dalam menghurai maksud ketuhanan. Tuhan dalam Old
Testament (Perjanjian Lama) Yahudi dirujuk sebagai SATU, bukan tiga.
Namun, agama Kristian pula melahirkan New Testament (Perjanjian Baru)
bagi menyokong triniti, ia memang dirancang bagi mewujudkan kekeliruan
dengan menetapkan New melengkapkan Old, dan menolak al-Quran (The Final
Testament).

Berikut adalah petikan dalam Old
Testament mengenai SATU TUHAN, tiada ayat dalam Old Testament yang
mengatakan Tuhan itu lebih daripada Satu, yang ada hanya penrnyataan
bahawa TUHAN ITU SATU:

EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me.
ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.
ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel,
and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last;
and beside me there is no God.

ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me.
ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have
not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my
witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside
me; I know not any.


Dalam satu hadis, dikatakan Dajjal itu
adalah Yahudi. Maka adalah relevan jika maklumat untuk menjejak Dajjal
juga perlu diteroka dalam manuskrip-manuskrip Yahudi. Satu fakta yang
perlu diketahui, Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi tidak suka lelaki
berambut panjang dan berjanggut serta bermisai sejak ketika zaman antara
tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman Isa), maka ia
bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui lukisan-lukisan
dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka juga, gambaran
rupa bentuk Jesus juga bolehlah dikatakan sebagai satu lagi kod.

Dalam kepercayaan Kristian juga, Isa
akan kembali pada akhir zaman. Pendapat ini sama seperti kepercayaan
dalam Islam iaitu Isa akan kembali membunuh Dajjal. Manakala dalam
Kristian pula, Jesus akan kembali menentang The Anti-Christ. Wujud satu
keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini. Kita akan mendalami
kompleksiti ini dalam tajuk khas nanti.

Simbol agama Cao Dai di Indo-China, imej satu mata tersebut
adalah tuhan yang disembah oleh penganut agama ini


Dan sesuatu yang berlaku di Indo-China
(dekat dengan Asia Tenggara) wujud satu agama baru sejak 1926 iaitu
agama Cao Dai yang menjadikan simbol satu mata sebagai simbol ketuhanan.
Agama itu juga mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual yang sukar
difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah hampir, dia sudah
pun dijadikan tuhan. Agama ini dianggap sebagai ajaran sesat di
Vietnam, namun amalannya terus berkembang dengan pembiayaan dana dari
sumber yang tidak diketahui. Pengembangan agama ini mungkin sengaja
dipilih untuk ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara Asia ini
sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri, ia menjadikan
pergerakan agama Cao Dai ini berkembang dengan teratur.







kod 8:

Merlin, tukang sihir terkenal dalam epik King Arthur





Kod #8: Merlin, The Prophet of Magic
Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama
England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut
dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus.
Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru
yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England
ketika zaman awal negara itu. Orang Englad ketika itu menggelar Merlin
sebagai Nabi Sihir.
Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia
dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum
muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ ,
‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.
Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang
ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak
manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum
Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita
dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah).
Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran
antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey
ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah
anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan.
Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan
apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa
bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin
juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina
Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari
Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen
yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan
berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman
(terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)…dan dia juga
meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa
Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England
dalam menyatukan dunia.





kod 9:



Star of David






Kod #9: Star of David

Jika diperhatikan melalui pandangan
skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu
666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang
itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya
sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor
manusia syaitan.

Simbol ini bukan sahaja wujud dalam
agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu
Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu
berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama
Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?





Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star of David



Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara [i]dua bintang.. swastika dalam bulatan matahari[/i]



Juga imej Jesus Christ di tengah Star of David


Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk
dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu
agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal
daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga
menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin
juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi
terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa
kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi
satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk
merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan
simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya.
Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu
simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga
terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya.
Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan
atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan? Kali ini, penulis
biarkan anda membuat kesimpulan.


Anda keliru dengan hadis Rasulallah
bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi penulis pula
mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di
sini penulis ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya
dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi
daripada fitnah Dajjal.

Anda ingat lagi dengan hadis mengenai
pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya
kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik
Thabariya…ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung
dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah
orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad… dan Dajjal diberitahu
bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal
berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah
bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum
kelahiran Muhammad lagi.

Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak
seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau
jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong
ayat dalam hadis…”sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya…?”.
Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu ‘akan
kembali pada akhir zaman’ memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud
sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan ‘mata satu’ dan
menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia. Kemudian selepas
kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu
kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah
(hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori penulis ini).
Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan
bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya.
Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah
manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan
kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin,
Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam
agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod
mereka adalah sama?

Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama
sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod
sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik
sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak
sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan
persiapan untuk kemunculan ‘bergaya’ di akhir zaman, dia kemudian
dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara
waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita
kasihi. Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah
kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala
perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah
Yang Maha Bijaksana.

Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk
di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod
rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan
pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima
jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia
sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya
nanti.

Jika direnung, satu benang halus yang
tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui
kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan
Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali
juga dalam kepercayaan Hindu melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya
yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu.

Apabila kod-kod ini disusun, maka ia
menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan,
akan jelas kelihatan satu ‘sistem’ yang sengaja diwujudkan oleh
‘seseorang’ sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak
sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia
dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan
dengan mudah tanpa disedari.

Ia adalah satu sistem yang sangat licik,
halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan
sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak
sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi
menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad.
Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah
Allah. Ia adalah Sistem Dajjal.

Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya.




TAMAT...
Back to top Go down
View user profile http://malaysia.1talk.net
 
BAB 8 : Jejak-Jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysian WackWall Forum :: Forum Umum :: Pengetahuan Am-
Jump to: