Malaysian WackWall Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysian WackWall Forum

Now Malaysian Can Connect Over The World
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Navigation
:: Portal ::
:: Forum ::
 :: Memberlist ::
:: Profile ::
:: FAQ ::
:: Search ::


AlertPay Easy Money Transfer 100% Free to register
 
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Google Translator
Latest topics
» IRC Flooder Script For Sale
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyMon Oct 08, 2012 12:39 am by maxi.y.mateo

» utusan.com.my Being DDOS
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyFri Jan 20, 2012 5:33 pm by Penjejak Badai

» PHP IRC Bot
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyFri Dec 02, 2011 11:31 am by siperda

» SQL Injection Scanner By XShimeX
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyMon Oct 24, 2011 6:22 pm by sucide_bomber

» Website Vulnerable Scanner Tools V1.01 By proqrammer
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyMon Oct 24, 2011 6:21 pm by sucide_bomber

» Slowloris or XerXes Leak Version
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyTue Sep 13, 2011 7:45 pm by sucide_bomber

» maisarah wuz here
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyTue Sep 13, 2011 7:32 pm by sucide_bomber

» Sql Injection Tutorial
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyTue Jul 19, 2011 2:56 pm by sucide_bomber

» XerXes Source Codes!!
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyWed Jul 13, 2011 8:55 am by wackwall

» SQL Injection dalam bahasa Malaysia
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyThu Jun 30, 2011 9:11 pm by sucide_bomber

» LFI Scanner ( Perl )
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyMon Jun 27, 2011 8:21 am by wackwall

» Muhasabah diri tingkat kesyukuran, keinsafan umat
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyMon Jun 27, 2011 3:56 am by sucide_bomber

» 5013 Webs With SQL Vuln
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyMon Jun 27, 2011 3:50 am by sucide_bomber

» Saya mencari part time job online?
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyMon Jun 27, 2011 1:19 am by sucide_bomber

» 16 exploits for hacking CC databases
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyMon Jun 13, 2011 1:33 pm by sucide_bomber

Link Exchange
Online News


















Churp2x Campaign
Click Pada Iklan DiBawah & Dapatkan Ganjaran Anda
SEKARANG!



















Mangga Ads
NuffNang Ads

 

 MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT

Go down 
AuthorMessage
wackwall
Admin
wackwall


Zodiac : Cancer Chinese zodiac : Rooster
Posts : 159
Points : 5320
Reputation : 2
Join date : 10/12/2010
Age : 42
Location Location : Sarawak

MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT Empty
PostSubject: MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT   MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT EmptyWed Jan 26, 2011 7:56 am


MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT 163280_10150130618200365_323746605364_8178608_2897510_n

MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT 163695_10150130618880365_323746605364_8178622_7103433_n


MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

surah At Tahrim 6



"(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya."

surah Ali Imran ayat 182



Bismillah

dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Aku bersyukur kepada Allah kerana tahu hari ini hari selasa,jika aku gila,aku tidak tahu hari ini hari apa.Aku bersyukur kepada Allah kerana memberikanku zuriat penyambung warisan,jika aku mandul aku tidak akan menikmati kenikmatan seorang ayah...Bergelar seorang ayah adalah nikmat menjadi manusia...

Membaca tajuk nota hari ini mungkin menyebabkan ramai fans Kisah teladan terperanjat,kaget dan tertanya-tanya.Mengapa mahu mengajak ke Neraka?



Tajuk MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT bukan mahu mengajak manusia melakukan amalan ke neraka,namun mahu manusia memikirkan apakah kita melakukan amalan ke Neraka atau syurga.Ramai manusia menganggap diri mereka melakukan amalan syurga namun hakikatnya mereka menempah tiket ke neraka.Ini berpunca daripada kejahilan dan tidak berilmu.



PERTAMA :Solat.



ANtara solat manusia ke syurga adalah khusyuk dan ikhlas,manakala solat manusia ke Neraka adalah lalai,riak dan mahu dipuji.Dalilnya :



“ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;”

surah al-Mukminun ayat 1 dan 2.

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

surah Taha ayat 132



“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafirpada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik).Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas.Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”

surah An-Nisaa' ayat 142.



“maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli solat; (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan solat),”

surah al-Maa’uun ayat 4,5,6.



“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

surah al-Ankabut ayat 45



Berdasarkan ayat-ayat di atas,kita akan tahu manakah solat manusia ke Syurga dan manakah solat ke Neraka.Ramai manusia rajin menunaikan solat namun solat mereka sia-sia walaupun tekun menjalankannya lima waktu sehari semalam.

Solat itu adalah kewajipan dan fardhu ain kepada manusia yang baligh,berakal dan tidak nyanyuk.Namun jika dolakukan solat dengan lalai,tidak khusyuk,riak,mahu dipuji,maka solat menjadi sia-sia.Dunia tertipu dengan ibadat solat,manakala akhirat dihumbankan ke Neraka.



Pengajaran dari ayat-ayat Quran adalah :



1.Solat yang diterima Allah adalah solat yang khusyuk,sabar dan tekun,jauh dari riak dan mahu dipuji,serta ikhlas kepada Allah.



2.Solat yang menjadikan seseorang merasai kemanisan solat adalah solat yang menjadi benteng kepada seseorang menjauhkan maksiat.Apabila seseorang rajin menunaikan solat namun masih suka mengumpat dan memfitnah,atau mencuri dan berjudi,maka solatnya menunjukkan solat yang sia-sia.



3.Solat manusia Munafik adalah solat yang tidak khusyuk dan riak,serta malas.Munafik akan ke Neraka kekal di dalamnya.



4.Pahala solat bergantung kepada khusyuk.Jika solat namun tidak khusyuk walaupun 1 %,maka solatnya sia-sia.

Solat adalah ibadat yang mulia dan pahalanya besar,namun ramai tidak belajar untuk khusyuk dalam solat.Ramai manusia memikirkan bahawa menunaikan solat 5 waktu sudah cukup beriman sdgkan iman sebenar adalah merasai kenikmatan solat.



Kisah benar diceritakan bahawa seorang lelaki sedang menunaikan solat.Selepas solat,baginda saw yang melihatnya menyuruh lelaki tersebut mengulanginya.Lantas ia mengulanginya.Namun Baginda saw menyuruh mengulanginya lagi.Setelah tiga kali,lelaki itu bertanya “mengapa ya Rasulullah?”

Baginda saw pun memberitahu “Solat kamu tidak sempurna,iaitu tiada thomakninah.Solat tanpa thomakninah adalah sia-sia”.



Kita lihat ramai manusia amat pantas solat mereka.Ada yang solat Zuhur empat rakaat hanya empat minit iaitu setiap rakaat 1 minit.Mereka solat bagaikan manusia yang sakit perut mahu buang air ebsar dan tergesa-gesa.Itulah solat manusia rugi.



Dalam buku Musholli yang dikarang ulama’ ,thomakninah (berhenti sebentar ) ketika rukuk,sujud,duduk antara dua sujud,iktidal adalah rukun kerana tanpa thomakninah solat tidak diterima Allah.



Terlalu banyak solat manusia tidak diterima Allah namun ramai manusia melkaukannya kerana kejahilan dan tiada ilmu.Manusia jahil tidak mahu belajar di masjid,bertanya orang alim dan sebagainya.



Katakanlah kita hidup berusia 50 tahun dan solat sejak baligh iaitu 15 tahun.Bermakna kita solat 35 tahun.Jika 35 tahun melakukan kesilapan akibat kejahilan,solat kita sia-sia.Adakah kita mahu menyiakan solat kita sepanjang 35 tahun?

Quran mengulang banyak kali tentang solat agar manusia prihatin tentang ibadat solat.Solat bukan sahaja diwajibkan untuk ditunaikan namun solat adalah suatu ibadat yang perlu dinikmati kemanisan iman dan menjadi benteng manusia melakukan kejahatan dan dosa.



Manusia yang mahu mengumpat dan mencuri,atau mencari rezeki haram akan sentiasa mengingati ayat-ayat ini :

“sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”

Apabila ayat ini ditanam dalam jiwa ,maka seseorang tidak berani melakukan dosa terutama dosa besar seperti mengumpat dan memfitnah.



Ketika Saidina Ali bin Abu Tholib r.a dipanah dengan anak panah ,para sahabat menunggu beliau menunaikan solat.Apabila beliau solat,para sahabat mencabut anak panah dan merawat lukanya.Selepas solat beliau bertanya “Mana anak panah di betisku?”.



Begitulah khusyuknya beliau hingga tidak perasan anak panahnya dicabut dari betisnya.

Sebagai manusia yang hidup pada akhir zaman,mendapat khusyuk 100 % adalah payah kerana iman kita amat berbeza dengan iman para sahabat Baginda saw .Malah Baginda saw pernah bersabda “sebaik-baik kurun adalah kurunku,kemudian selepasnya.”.Namun kita tidak boleh berputus asa dan berusaha agar khusyuk sekurangnya 30 % hingga 50 %.



Khusyuk solat bukan perkara mudah.Ulama’ menulis dalam buku-buku mereka antara cara mendapat khusyuk adalah memahami bacaan solat.iaitu pabila kita membaca fatihah dengan lidah,hati kita mengiringi maknanya dalam hati.Begitulah bacaan yang lain.Adalah mustahil manusia mendapat khusyuk jika mereka solat dan tidak faham apa yang dibaca.



Hati dan jiwa perlu bersih jika mahu solat.Seseorang yang keras hati dan sentiasa dihiasi dengan sifat Mazmumah seperti sombong dan suka menghina orang lain adalah memiliki jiwa yang keras.Jiwa yang keras dan hati yang mati menyebabkan solat tidak khusyuk.



Hati yang tenang memberi khusyuk dalam solat.Manusia yang hidup dengan penuh kerisauan dan takutkan perompak kerna kekayaan contohnya tidak akan mendapat khusyuk dalam solat.Begitu juga suami isteri yang hidup suka bergaduh dan berperang siang malam juga tidak mendapat khusyuk kerana jiwa dan hati mereka tidak tenang.

Ribuan tips diberikan ulama’ dalam buku-buku mereka untuk mendapat khusyuk dalam solat.Dalam nota ringkas ini hanya diberikan beberapa sahaja dan carilah ilmu lagi melalui ulama’ dan buku-buku .Kita perlu berusaha mencari khusyuk,bukan lalai kerna solat manusia lalai adalah sia-sia dan Neraka bakal menanti.........



Dalam kitab Ihya Ulumuddin pada bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam al-Ghazali berkata : “pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan dan sekaligus menganggu kekhusyukan seseorang. Oleh iu, menjauhkan diri dari kesemua perkara tersebut merupakan satu-satunya jalan yang boleh dilakukan. Sebagai contoh, tidak melaksanakan solat di tempat yang dipenuhi ukiran kesenian atau di atas sejadah yang mempunyai celupan warna yang menarik serta gambar-gambar.



Sesungguhnya dalam banyak ibadat seharian,ketua syaitan akan berperanan menyesatkan manusia dalam solat.Syaitan akan mengganggu manusia dalam solat agar manusia tidak khusyuk,memikirkan dunia dan masalah,riak,malas,mahu dipuji dan sebagainya kerana syaitan dicipta untuk mencari idea dan tipu daya menyesaatkan manusia hinggalah kiamat.Syaitan mahu manusia tertipu dengan solat dan memimpin ramai manusia bersama mereka ke Neraka.



أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة فإن صلحت صلح له سائر عمله و إن فسدت فسد سائر عمله



Hadis sahih di atas



MAKSUDNYA : PERKARA PERTAMA YANG AKAN DIHITUNG SESEORANG HAMBA PADA HARI KIAMAT ADALAH SOLAT.JIKA BAIK SOLATNYA MAKA BAIKLAH SELURUH AMALANNYA DAN SEKIRANYA ROSAK SOLATNYA MAKA ROSAKLAH SELURUH AMALANNYA.



“sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya” ayat ini mengingatkan manusia bahawa Allah swt tidak pernah menzalimi manusia.Allah mencampakkan manusia yang lalai solat dan riak ke Neraka kerana kesalahan manusia sendiri.Tidakkah Allah swt menurunkan Quran,menurunkan Nabi sebagai penunjuk kebenaran dan pembimbing manusia?Tidakkah lahir ulama’ di mana sahaja kampung,bandar dan negara?Tidakkah ulama’ menulis pelbagai buku sebagai panduan kepada manusia?Jangan menuding jari kepada Allah,namun salahkan diri sendiri yang jahil dan tidak mahu menuntut ilmu.



Berusahalah khusyuk dan ikhlas dalam solat kerana ianya amat penting dalam kehidupan.Kita mahu hidup di dunia sebagai hamba Allah yang mengumpulkan bekalan iman dan takwa ke akhirat,bukan dosa dan kejahatan.

Kejayaan umat Islam dan mencipta tamadun hingga Islam tersebar ke China,Eropah dan Rusia adalah kerana tamadun yang memiliki manusia yang ikhlas dan khusyuk solat mereka walaupun dalam peperangan dan bencana alam.Itulah kejayaan tamadun Islam hingga melahirkan ramai ilmuwan dan tokoh dalam sains dan teknologi seperti Ibnu Sina,al-Farabi,Ibnu Rasyid ,Ibnu Rushdi dan sebagainya.Tamadun Islam berjaya menguasai ¾ dunia dan jumlah umat Islam yang hanya bermula dua orang iaitu Baginda saw dan isterinya Khadijah Ibnu Khuwailid,dapat mengislamkan jutaan dan berbilion manusia.



Solat adalah kewajipan kepada manusia yang miskin atau kaya,tua atau muda,berpelajaran atau tidak,hodoh atau cantik.Lakukan ibadat solat sebagaimana disabdakan Baginda saw

صلوا كما رأيتموني أصلي

“Tunaikanlah solat sebagaimana kamu lihat aku tunaikan”.riwayat Imam Bukhari rahimullah.



Saya suka berdoa selepas solat “Ya Allah Maha pengasih,jadikan solatku solat manusia yang khusyuk

serta ikhlas dan jauhilah solatku solat manusia yang lalai dan riak”.Saya berdoa sepanjang solat lima waktu dan solat hajat kerana takut menjadi manusia tertipu dengan solat..



Fikirkanlah,adakah solat kita solat manusia ke syurga atau Neraka?Muhasabahlah diri sendiri kerana saya tidak kenal dan tahu apa dalam jiwa kalian.Saya hanya muhasabah diri sendiri dan keluarga kerana itu kewajipan saya sebagai ketua keluarga,manakala kalian perlu muhasabah diri kalian sendiri .Perbaiki kekurangan dan tambahkan ilmu tentang solat.jadilah manusia solat dengan berilmu,bukan kejahilan kerana kejahilan membawa ke Neraka.





Maha Sempurna hanyalah ALlah Maha Penyabar dan Maha Gagah,manakala diri sendiri amat naif dan memiliki kekurangan dan kelemahan..



KEDUA : PUASA...

akan bersambung,insya-Allah........................


Saat Sulaiman


Happy Reading...
Back to top Go down
https://malaysia.1talk.net
 
MARI KE NERAKA DENGAN SOLAT
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hacking dengan Remote Administrator Tool
» Trick Menukar Nama Processor Anda Dengan 5 STEP

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysian WackWall Forum :: Forum Umum :: Kisah Dan Tauladan-
Jump to: