Malaysian WackWall Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysian WackWall Forum

Now Malaysian Can Connect Over The World
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Navigation
:: Portal ::
:: Forum ::
 :: Memberlist ::
:: Profile ::
:: FAQ ::
:: Search ::


AlertPay Easy Money Transfer 100% Free to register
 
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Google Translator
Latest topics
» IRC Flooder Script For Sale
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyMon Oct 08, 2012 12:39 am by maxi.y.mateo

» utusan.com.my Being DDOS
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyFri Jan 20, 2012 5:33 pm by Penjejak Badai

» PHP IRC Bot
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyFri Dec 02, 2011 11:31 am by siperda

» SQL Injection Scanner By XShimeX
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyMon Oct 24, 2011 6:22 pm by sucide_bomber

» Website Vulnerable Scanner Tools V1.01 By proqrammer
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyMon Oct 24, 2011 6:21 pm by sucide_bomber

» Slowloris or XerXes Leak Version
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyTue Sep 13, 2011 7:45 pm by sucide_bomber

» maisarah wuz here
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyTue Sep 13, 2011 7:32 pm by sucide_bomber

» Sql Injection Tutorial
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyTue Jul 19, 2011 2:56 pm by sucide_bomber

» XerXes Source Codes!!
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyWed Jul 13, 2011 8:55 am by wackwall

» SQL Injection dalam bahasa Malaysia
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyThu Jun 30, 2011 9:11 pm by sucide_bomber

» LFI Scanner ( Perl )
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyMon Jun 27, 2011 8:21 am by wackwall

» Muhasabah diri tingkat kesyukuran, keinsafan umat
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyMon Jun 27, 2011 3:56 am by sucide_bomber

» 5013 Webs With SQL Vuln
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyMon Jun 27, 2011 3:50 am by sucide_bomber

» Saya mencari part time job online?
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyMon Jun 27, 2011 1:19 am by sucide_bomber

» 16 exploits for hacking CC databases
Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyMon Jun 13, 2011 1:33 pm by sucide_bomber

Link Exchange
Online News


















Churp2x Campaign
Click Pada Iklan DiBawah & Dapatkan Ganjaran Anda
SEKARANG!



















Mangga Ads
NuffNang Ads

 

 Pelajar Malaysia dibawa pulang

Go down 
AuthorMessage
wackwall
Admin
wackwall


Zodiac : Cancer Chinese zodiac : Rooster
Posts : 159
Points : 5320
Reputation : 2
Join date : 10/12/2010
Age : 42
Location Location : Sarawak

Pelajar Malaysia dibawa pulang Empty
PostSubject: Pelajar Malaysia dibawa pulang   Pelajar Malaysia dibawa pulang EmptyWed Feb 02, 2011 12:55 pm

Pelajar Malaysia dibawa pulang


Pelajar Malaysia dibawa pulang Mh_01.1
LEBIH 200,000 rakyat Mesir
membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah semalam bagi menyahut seruan
perhimpunan sejuta penunjuk perasaan mendesak Presiden Hosni Mubarak
agar berundur.




KUALA LUMPUR 1 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
malam ini berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar
pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan
pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.


Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan
daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar,
A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri,
Datuk Sahlan Ismail.


“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini.


Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5 iaitu sebuah
kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang
sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang
terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah,
bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.


“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.


Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri
Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem
Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas
ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.


“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok mengenai
kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini,” katanya.


Beliau berkata, kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar
Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di
sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.


Bagaimanapun, menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.


“Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk
mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kita ke Jeddah,” kata
Najib.


Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa esok.


Sementara itu, Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi
Bernama hari ini berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia
di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.


Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan
Rumah Mara di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada
pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.


“Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta
keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan
keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta
keperluan yang lain,” katanya.


Terdahulu, beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan
pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir,
mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal
dengan moral mereka tinggi.


Sementara itu, Sahlan berkata, pegawai kedutaan ditempatkan dengan
segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar
dan warganegara Malaysia yang terkandas.


“Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman
ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang
berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan
makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket,”
katanya.


Beliau berkata, sehingga hari ini 150 pelajar dan rakyat Malaysia
yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan
pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.


“Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat
sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang
lain,” katanya.


Sahlan berkata, dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa
khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke
Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di
samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang
dikuatkuasakan.


Beliau berkata, kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan
maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan
pegawai-pegawai Malaysia di


Mesir serta kepada rakyat Malaysia. – BERNAMA
Back to top Go down
https://malaysia.1talk.net
 
Pelajar Malaysia dibawa pulang
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir
» Highlights Separuh Akhir Indonesia 2 - 1 Malaysia AFF Suzuki Cup 2010 Bola Malaysia Bola Malaysia
» Malaysia Menang 3 - 0
» WikiLeaks mengenai Malaysia
» Oshirix [ MALAYSIA LINUX]

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysian WackWall Forum :: Forum Umum :: Berita Semasa :: Luar Negara-
Jump to: