Malaysian WackWall Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysian WackWall Forum

Now Malaysian Can Connect Over The World
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Navigation
:: Portal ::
:: Forum ::
 :: Memberlist ::
:: Profile ::
:: FAQ ::
:: Search ::


AlertPay Easy Money Transfer 100% Free to register
 
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Google Translator
Latest topics
» IRC Flooder Script For Sale
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyMon Oct 08, 2012 12:39 am by maxi.y.mateo

» utusan.com.my Being DDOS
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyFri Jan 20, 2012 5:33 pm by Penjejak Badai

» PHP IRC Bot
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyFri Dec 02, 2011 11:31 am by siperda

» SQL Injection Scanner By XShimeX
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyMon Oct 24, 2011 6:22 pm by sucide_bomber

» Website Vulnerable Scanner Tools V1.01 By proqrammer
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyMon Oct 24, 2011 6:21 pm by sucide_bomber

» Slowloris or XerXes Leak Version
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyTue Sep 13, 2011 7:45 pm by sucide_bomber

» maisarah wuz here
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyTue Sep 13, 2011 7:32 pm by sucide_bomber

» Sql Injection Tutorial
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyTue Jul 19, 2011 2:56 pm by sucide_bomber

» XerXes Source Codes!!
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyWed Jul 13, 2011 8:55 am by wackwall

» SQL Injection dalam bahasa Malaysia
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyThu Jun 30, 2011 9:11 pm by sucide_bomber

» LFI Scanner ( Perl )
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyMon Jun 27, 2011 8:21 am by wackwall

» Muhasabah diri tingkat kesyukuran, keinsafan umat
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyMon Jun 27, 2011 3:56 am by sucide_bomber

» 5013 Webs With SQL Vuln
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyMon Jun 27, 2011 3:50 am by sucide_bomber

» Saya mencari part time job online?
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyMon Jun 27, 2011 1:19 am by sucide_bomber

» 16 exploits for hacking CC databases
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyMon Jun 13, 2011 1:33 pm by sucide_bomber

Link Exchange
Online News


















Churp2x Campaign
Click Pada Iklan DiBawah & Dapatkan Ganjaran Anda
SEKARANG!



















Mangga Ads
NuffNang Ads

 

 BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden

Go down 
AuthorMessage
wackwall
Admin
wackwall


Zodiac : Cancer Chinese zodiac : Rooster
Posts : 159
Points : 5321
Reputation : 2
Join date : 10/12/2010
Age : 42
Location Location : Sarawak

BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden Empty
PostSubject: BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden   BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden EmptyMon Jan 24, 2011 7:24 am

BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden Money




Bagi mereka yang tidak tahu apa yang
tidak kena wang kertas USD$1 ini, mungkin mereka akan terus
tertanya-tanya. Namun bagi mereka yang sedar, anda adalah sebahagian
daripada umat Islam yang sedar dengan petanda akhir zaman.




The Unfinished Pyramid with An All Seeing Eye


BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden One-dollar-bill

Perhatikan bentuk piramid yang tidak
sempurna dan mempunyai satu mata (One-Eyed) yang terapung dalam satu
bentuk segitiga di puncaknya. Segitiga yang mempunyai satu mata itu pula
memancarkan cahaya seperti matahari. Satu mata itu memerhati semua yang
berada di bumi. Satu mata itu dinamakan ‘The All Seeing Eye’.

Piramid yang tidak sempurna itu pula
mempunyai 13 tingkat sebelum dipisahkan dengan segitiga The All Seeing
Eye yang terapung. Paras 13 tingkat ketinggian itu juga mempunyai maksud
sendiri. Kemudian dituliskan motto Novus Ordo Seclorum dalam bahasa
Latin yang bermaksud New Order of the Ages atau New World Order, adakah
ia bermaksud ‘pemerintahan dunia yang baru’ atau ‘pemerintah’ itu sudah
muncul?

Dan motto yang berada di atas piramid
itu pula ditulis Annuit Coeptis yang bermaksud Approving The Undertaking
atau Merestui Peralihan (peralihan kuasa dunia?) atau diterjemah
kepada maksud kontemporari, ia juga bermaksud ‘He Approves’ atau ‘Dia
Merestui’. Siapakah ‘He’ itu, adakah ‘dia’ bermaksud Tuhan atau Mata
Satu yang bercahaya itu? Jika dikatakan dengan maksud tuhan merestui,
mengapa tidak diletakkan simbol keagamaan negara itu (salib kristian),
tetapi mengapa diletakkan ‘Dia Merestui’ sedangkan di bawahnya
diletakkan gambar segitiga bermata satu? Apakah maksud kepada semua yang
terpampang dalam wang kertas USD$1 itu?

Piramid itu adalah simbol kepada
pertubuhan rahsia yang menguasai dunia hari ini, THE ILLUMINATI.
Manakala New World Order pula adalah perancangan mereka dalam menyatukan
dunia di bawah satu pemerintah melalui strategi-strategi rahsia. He
Approves pula bermaksud syaitan sentiasa bersama mereka dalam menjayakan
agenda sulit. Kerana syaitan adalah sesuatu yang mereka sembah sejak
zaman berzaman, kerana syaitan memberi mereka kuasa dalam politik dunia,
syaitan itu akan muncul apabila segala perancangan terlaksana sempurna
dan kita menyebutnya sebagai Dajjal.

Ia adalah agenda syaitan sejak zaman
berzaman untuk meruntuhkan ketaatan kepada Allah dengan menjadikan
dirinya sebagai sesuatu yang disembah manusia selain Allah. Syaitan
menawarkan segala kekuasaan politik kepada golongan-golongan elit di
dunia seperti ketua-ketua kerajaan (Presidents & Prime Ministers) di
Eropah, Amerika dan tidak mustahil jika ia turut melibatkan negara
Islam sendiri terutama di rantau Timur Tengah dan Asia Barat. Ia adalah
konspirasi bersepadu antara syaitan dan golongan elit ini dalam menuju
kekuasaan dunia.

Mereka sedang berkuasa!!!

Penyembahan Illuminati terhadap syaitan
bukan satu cerita bohong. Ia sudah wujud sejak zaman berzaman dan
memakan masa yang sangat panjang dalam lipatan sejarah manusia, ia wujud
secara tersembunyi dengan menjadi satu rahsia terbesar di kalangan
golongan elit yang mengunci rapat kewujudannya daripada diketahui
masyarakat umum. Siapakah golongan elit ini dan apa agenda mereka? Temui
jawapannya di akhir topik ini.



Konco-konco Illuminati, pementasan drama, ilusi dan pembohongan di pentas sejarah


Semasa mengetuai Jerman (kononnya)
memimpin pakatan Axis ketika Perang Dunia Kedua (WW2), Fuhrer Nazi,
Adolf Hitler pernah menyebut dipetik sebagai berkata: “National
nationalism will use its own revolution for the establishing of the new
world order.”

- Nazi dikatakan oleh Amerika dan
sekutunya sebagai kuasa jahat yang menggugat keamanan dunia dan punca
kepada tercetusnya WW2. Hitler juga dikatakan sebagai penjenayah
kemanusiaan kerana membunuh berjuta-juta kaum Yahudi dalam peristiwa
Holocaust, tetapi golongan Yahudi yang bagaimana yang dibunuh Hitler?
Namun satu sisi yang tidak kita sedari, Hitler adalah konco kepada satu
pertubuhan rahsia di Eropah dan pertubuhan itu tidak mempunyai nama bagi
mengekalkan kerahsiaannya. Walaupun pertubuhan rahsia tidak mempunyai
nama, tetapi simbol penyatuan Illuminati yang digunakan adalah
sama seperti pertubuhan-pertubuhan rahsia yang lain di seluruh dunia.

Sepanjang pemerintahannya di Jerman,
Hitler merupakan pemimpin yang hanya boleh dilihat semasa dia berucap
dalam upacara perbarisan ketenteraan bagi meniup semangat angkatan Nazi
dan rakyat Jerman yang mentaatinya. Pada waktu lain, dia banyak
menghabiskan masa bertemu anggota-anggota kerajaannya untuk
‘membincangkan’ strategi perang dan hala tuju negara Jerman selepas
selesai ‘zaman ketegangan politik dunia’. Perbincangan dengan anggota
kerajaannya itu dijalankan secara tertutup, dan walaupun ia
melibatkan persiapan perang tetapi jarang sekali melibatkan pegawai
tinggi tentera dalam kebanyakan perbincangan yang diadakan. Kepada
peminat-peminat keperwiraan Hitler, sedarlah bahawa anda ditipu.

Ketika saat kekalahan Nazi, Hitler
dikatakan lari bersama keluarganya untuk membunuh diri dengan disaksikan
pegawai-pegawai tinggi dalam kerajaannya. Benarkah Hitler mati begitu
sahaja dan apa yang terisi dalam kuburnya? Benarkah dia mati membunuh
diri seperti yang ditulis dalam sejarah dunia? Dan mengapa tiada
pengganti untuk meneruskan dasar Hitler dan menguatkan Nazi sedangkan
dia mempunyai ramai pegawai yang setia? Dalam menjawab persoalan itu,
penulis-penulis sejarah dunia mengatakan bahawa sebenarnya tiada pegawai
yang benar-benar setia dengan Hitler termasuk pihak ketenteraan dan
oleh itu tiada sesiapa yang mahu meneruskan dasar Hitler. Jika benar
bahawa Hitler berseorangan dalam memperjuangkan dasarnya, kenapa Hitler
tidak ditangkap oleh pihak tentera Nazi sendiri dan dihukum tanpa
menunggu ‘serangan’ daripada Gabungan Perikatan (USA, Britain &
sekutu). Dunia ditipu, malah rakyat Jerman dan anggota tentera Nazi
sendiri turut ditipu dengan permainan licik yang dirancang secret
society ini.

Manakala Hiroshima dan Nagasaki pula
menjadi mangsa kepada klimaks pementasan sejarah itu dengan dibom oleh
USA. Adakah Jepun menjadi mangsa? Atau.. Jepun juga terlibat sama dalam
perancangan Illuminati? Mana mungkin Jepun boleh berkembang maju dengan
begitu cepat selepas ‘kekalahan teruk’ dalam WW2. Dari mana Jepun
memperoleh kewangan yang banyak untuk membangun semula negara mereka.
Jawapannya ada di sebalik projek pembangunan semula itu sendiri. Seluruh
kos terlibat dalam WW2 dan kos menanggung pembangunan semula
negara-negara ‘pelakon’ ditanggung sepenuhnya oleh tycoon
‘jurutera-politik’ dan ‘jurutera-ekonomi’ dunia sejak zaman berzaman
iaitu Rothschild & Rockerfeller
di USA. Keturunan Rothschild dan Rockerfeller kini masih menjadi
golongan terpenting dalam pergerakan Illuminati dan juga merupakan
keturunan daripada generasi-generasi penyembah syaitan.

Jepun selepas WW2 mengadakan kerjasama
yang begitu baik dengan USA seolah-olah tidak pernah bermusuhan ketika
WW2. Amerika dengan penuh komitmen berkongsi teknologi untuk pembangunan
semula Jepun dan akhirnya negara ‘Matahari Terbit’ itu berubah maju
dengan sangat pantas, sama pantas dengan USA dan negara-negara Eropah.
Jawapan kepada semua itu adalah, USA membayar semula kepada Jepun
selepas rela dipergunakan untuk menjayakan agenda memesongkan perjalanan
politik dunia.

Kita lihat pula peristiwa sejarah yang
dekat dengan kita iaitu sejarah selepas tamat WW2 di Tanah Melayu.
Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Inggeris kembali memerintah
Tanah Melayu dengan membawa gagasan Malayan Union. Muslihat terselindung
di sebalik Malayan Union adalah Tanah Melayu akan diperintah secara
terus dari Britain sama seperti yang dilakukan kepada Hong Kong,
Australia dan kebanyakan negara Komanwel yang lain. Ia juga menghapuskan
kedaulatan sultan-sultan Melayu dan Ratu Britain berkuasa sepenuhnya ke
atas Tanah Melayu. Sistem itu disebut Centralization atau Dasar
Pemusatan Kuasa di mana kuasa pemerintahan diletakkan di bawah satu
pemerintah tunggal yang berpusat di Britain, pada masa yang sama
meneruskan dasar ‘Divide & Rule’ bagi
memudahkan penguasaan mereka ke atas Tanah Melayu. Ia juga sama seperti
New World Order!! Namun, Malayan Union gagal. Tetapi ia diteruskan
dengan ilusi kedua, ancaman komunis. (bab strategi komunis dan kaitan
dengan Illuminati akan menyusul dalam bab-bab akan datang).

Berbalik kepada persoalan kenapa tiada
Hitler kedua selepas WW2? Ini kerana perancangan mereka sudah berhasil
untuk memanjangkan kisah peperangan itu yang akhirnya membawa kepada
penubuhan Israel di tanah Palestin. Tanpa Holocaust, Israel tidak akan
berjaya ditubuhkan. Israel ditubuhkan kononnya untuk menempatkan semua
orang Yahudi dalam sebuah negara Yahudi Israel yang bersatu dan
bermaruah. Jika sudah berjaya, maka tidak perlu ada Hitler yang kedua.

Holocaust merupakan satu ilusi.
Pernahkah kita sedar bahawa ada juga di kalangan Yahudi hari ini
menentang penubuhan negara Zionis Israel? Golongan yang menentang itu
adalah Yahudi Ortodox iaitu generasi daripada kumpulan Yahudi yang
dibunuh oleh Nazi semasa WW2. Yahudi Ortodox tidak pernah bersetuju
dengan gagasan Zionis dan lebih menghargai keamanan. Yahudi Ortodox ini
juga pernah disampaikan dakyah Zionis bagi merealisasikan negara Yahudi
Israel melalui agenda Nazi, mereka menolak, lalu dibunuh. Mereka
dibunuh untuk mengaburi dunia dan supaya dunia merestui penubuhan negara
Israel yang wujud hari ini. Manakala Yahudi yang berfahaman Zionis dan
Mason pula dibenarkan hidup untuk merealisasikan penubuhan Israel. Di
mana Yahudi Ortodox ini tinggal hari ini, mereka tidak tinggal di Israel
tetapi berada di Amerika dan Eropah, mereka hidup dalam kelompok
sendiri dan menyisihkan diri daripada kemajuan yang dikecapi dunia hari
ini, mereka sama seperti golongan Amish. Tetapi tidak bermakna mereka
tidak terlibat langsung dalam agenda Illuminati, mereka dilibatkan sama
dan kita umat Islam juga turut dilibatkan sama tanpa kita sedari.Atau mungkin
Holocaust langsung tidak pernah terjadi dalam lipatan sejarah dunia dan
ia hanya diwujudkan melalui propaganda yang dibawa penulis-penulis
sejarah dunia di Amerika. Jika Holocaust wujud melalui propaganda, ia
tetap juga ilusi. Tujuannya juga tetap sama, untuk menjadi alasan kepada
penubuhan negara Yahudi yang bebas, berdaulat dan bermaruah iaitu
Israel.
Berbalik kepada
kunci seterusnya iaitu pemimpin yang pernah menyuarakan New World Order
dalam menjayakan agenda Illuminati. Mereka ini sebenarnya bekerjasama
walaupun pada pandangan kasar, mereka dilihat sebagai bermusuh atau
berbeza pendapat, ia kerana mereka mahu kita berfikir sedemikian rupa
melalui ilusi-ilusi yang mereka cipta.


Di Amerika, pada 26 Julai 1968, Associated Press (AP) melaporkan, Gabenor New York pada masa itu iaitu Nelson Rockerfeller
berkata dalam ucapan semasa International Platform Association di
Sheraton Park Hotel di New York, Rockerfeller mengulas mengenai
keputusan pilihanraya yang dimenangi Richard Nixon, Rockerfeller
berkata: “as President, he (Richard Nixon) would work toward
international creation of a new world order.”

Presiden Amerika George H.W Bush semasa
berucap ketika persidangan Congress pada 11 September 1991 iaitu selepas
selesai Perang Teluk, dia mengucapkan New World Order sebanyak dua
kali: “Now, we can see a new world coming into view. A world in which
there is the very real prospects of a new world order…”

Semasa persidangan yang sama; Bush
sekali lagi mengulangi ‘niat’ untuk menundukkan dunia melalui
perancangan utama, new world order.., Bush sekali lagi berkata: “The
victory over Iraq was not waged as a war to end all wars, even the new
world order cannot guarantee an era of perpetual peace.”

Ucapan Bush memberi makna yang cukup
mendalam untuk memahami ‘secebis kecil’ makna keamanan yang dia
maksudkan. Bush memaksudkan dunia akan aman sekiranya Amerika masuk
campur dalam setiap pergolakan dunia dan menjadi ‘orang tengah’ untuk
mendamaikan pergolakan. Daripada satu sisi, dunia melihat Nazi dan dasar
Amerika adalah sebagai dua konsep pemerintahan yang bertentangan antara
sesama mereka. Namun daripada satu sisi lain pula, jika benar mereka
berbeza mengapa pula Hitler dan Bush menyuarakan hasrat yang sama iaitu
ke arah mewujudkan New World Order.
Fikirkan!!

Dia mengambil contoh Perang Teluk yang
baru selesai ketika itu di mana Amerika ‘memperlihatkan’ diri (berdrama)
sebagai negara yang menyelamatkan Kuwait daripada serangan Iraq… ia
adalah maksud kepada ’Now we can see a new world (dunia baru yang aman)
coming into view…. new world order.”

Bagi maksud ucapannya ‘The victory over
Iraq was not waged as a war to end all wars.. even the new world order
cannot guarantee…’ pula bermaksud kejayaan membedil Iraq bukan bemaksud
Amerika telah berjaya menamatkan semua perang di dunia (juga bermaksud
Amerika akan terlibat dalam lebih banyak perang untuk mewujudkan
keamanan-kononnya. Jelas terbukti dasar mereka dalam pergolakan dunia
hari ini iaitu untuk menamatkan ‘keganasan’-kononnya) tetapi dunia juga
belum tentu akan aman walaupun dunia sudah memilih jalan terbaik
untuk bersatu padu (di bawah kekuasaan Amerika) demi keamanan sejagat.
Dunia belum tentu aman walaupun sudah bersatu juga memberi petanda
kepada ‘PERANG AKHIR ZAMAN ANTARA ISLAM DENGAN MUSUH-MUSUH ALLAH’, itu
adalah intipati niat mereka.

Ucapan itu memberi sedikit gambaran
mengenai tujuan New World Order iaitu untuk menjadikan semua negara di
dunia tunduk patuh kepada kekuasaan Amerika, keamanan hanya sebagai
umpan ilusi kerana mereka jugalah dalang-dalang dan petualang-petualang
sebenar dalam melaga-lagakan Iraq dengan Kuwait ketika Perang Teluk.
Juga dalang dalam WW2 dan WW1. Perhatikan, Amerika wujud selepas tamat
Perang Dunia Pertama (WW1) manakala negara Israel pula wujud selepas
WW2. Niat sebenar mewujudkan WW1 adalah untuk menubuhkan negara ahli
politik berkiblatkan Zionis iaitu Amerika, strategi diteruskan dengan
perancangan-perancangan jangka panjang untuk mencetuskan WW2 lalu
menubuhkan Israel. Jika berlaku WW3, apa pula akan berlaku?

Amerika membuat kita berfikir dengan
tanggapan termudah seperti..: Iraq serang Kuwait, kemudian Amerika
datang bantu Kuwait untuk serang semula Iraq danmembebaskan Kuwait
daripada kejahatan Iraq. Kemudian dunia mula berfikir bahawa Iraq itu
jahat dan ia menjadi modal untuk anak Bush membunuh Saddam dalam sekuel
Perang Teluk 2. Mereka mahu kita berfikir seperti itu, itulah salah satu
strategi mereka.. MIND CONTROL!! Menguasai minda dengan mewujudkan
ilusi di pentas dunia… bagaimana dengan roh kita pula, turut dikuasai
mereka??

Pada 11 September 2001 pula (9-11),
bangunan WTC roboh selepas diserang dengan dua pesawat. Anak Bush,
Presiden George W.Bush pula tampil mengeluarkan kenyataan bahawa
(kononnya) dunia kita diancam masalah keganasan dan serangan 9-11 itu
pula kononnya didalangi satu pertubuhan pengganas al-Qaeda yang
berpangkalan di Afghanistan dan diketuai Osama Ben Laden. Dan, al-Qaeda
pula kononnya tiba-tiba ‘menghantar’ salinan video dan mengaku
bertanggungjawab meranapkan WTC.

Bab kajian mengenai WTC yang ranap dalam
peristiwa 9-11 akan dibincangkan nanti. Penulis mempunyai sumber yang
sangat arif mengenai kejadian itu dan pernah bertemu dengan mereka pada
tahun 2006 di Kuala Lumpur, salah seorangnya ialah rakyat Amerika dan
seorang lagi adalah rakyat Britain.

Strategi 9-11 lebih bijak daripada
strategi Perang Teluk. Dunia bukan sahaja diberi ilusi pembohongan
mengenai keganasan yang didalangi sebuah pertubuhan yang mempunyai nama
dalam sebutan Arab (niat lebih menjurus tuduhan kepada Islam), malah
masyarakat dunia juga dipermainkan mengenai kewujudan al-Qaeda itu
sendiri, tidak pernah ada apa-apa cerita mengenai al-Qaeda sebelum itu
dan dunia juga tidak tahu apakah pertubuhan itu. Namun al-Qaeda
tiba-tiba wujud selepas 9-11, bersama watak Osama yang tiba-tiba wujud
serentak, Afghanistan pula dipertanggungjawabkan.

Bagi mendapat restu dunia untuk
menyerang Afghanistan, al-Qaeda dikaitkan dengan Taliban iaitu puak yang
memerintah Afghanistan. Sesudah berjaya menembusi Afghanistan,
masyarakat Afghanistan yang sebelum ini sangat patuh kepada ajaran Islam
dirosakkan perlahan-lahan dengan membawa masuk majalah Playboy, hiburan
video lucah, menjual kondom dan lain-lain elemen negatif. Osama yang
diburu masih belum ditemui. Wujudkah watak Osama si ketua al-Qaeda yang
dimaksudkan? Siapakah Osama, apa kaitan Osama dengan operasi rahsia yang
dilabel dengan kod Tim Osman yang pernah dikendalikan CIA satu ketika
dahulu?

Osama hanya satu lagi watak ilusi yang
hanya wujud dalam rakaman kamera video (seperti kita lihat dalam siaran
berita di TV) Osama adalah alat untuk menabur fitnah kepada Islam dan
menyemai Islamophobia di kalangan masyarakat Eropah dan dunia seluruhnya
supaya membenci agama Allah. Dunia nampaknya makin bersatu menentang
Islam dan motif New World Order semakin menunjukkan hasil di dunia
Barat.

Peristiwa 9-11 adalah ilusi yang
terhebat dalam sejarah dunia yang pernah dilakukan Illuminati ini. Jika
benar Osama wujud, di mana dia sekarang dan jika benar dia seorang
Muslim yang lantang mengancam Amerika (seperti yang kita tengok dalam TV
terutama rakaman Osama memberi amaran kepada USA dan Israel), Jika
Osama itu wujud sebagai Muslim yang pendirian tegas seperti itu, sudah
tentu dia bersama angkatannya akan membedil Israel semasa peristiwa
serangan Gaza pada pertengahan 2009 lalu.

Osama juga mungkin ‘orang mereka’ yang
penting dalam perancangan ini, tetapi bermain ‘di sebalik tabir’ dan
masih belum ‘diarahkan’ keluar oleh pemimpin Illuminati untuk ‘berlakon
dalam filem perang’ di luar. Jadi, siapa pula yang meranapkan WTC
sekiranya al-Qaeda dan Osama hanya sebagai watak ilusi? Rancangan
meranapkan WTC sudah dibuat pada 10 tahun sebelum kejadian, lihat semula
ucapan George H.W Bush (bapak kepada George W.Bush) pada 11 September
1991 ketika berucap dalam persidangan Kongres!!!! Ucapan tersebut adalah
isyarat kepada maksud ucapan ‘even the new world order cannot guarantee
an era of perpetual peace..’ walaupun kononnya dunia sudah bersatu
(tunduk) di bawah kekuasaan Amerika, namun dunia tetap belum menemui
keamanaan yang sebenar kerana diancam pula ancaman baru iaitu keganasan
(mereka maksudkan Islam)… itulah maksud kepada perancangan untuk
memburukkan imej Islam melalui ilusi ‘drama keganasan’ yang sangat hebat
dan bertaraf Hollywood.

Mengapa memusuhi Islam, ia kerana mereka
masih belum mampu menguasai umat dan negara Islam secara 100 peratus.
Agama-agama lain di dunia pula sudah berjaya disesatkan secret society
penyembah syaitan sejak zaman tamadun awal lagi. Agama Nasrani bejaya
disesatkan konsep ketuhanannya dengan dimasukkan elemen Triniti (Tuhan
Bapa-Anak Tuhan-Roh Kudus) dengan perantaraan konco bernama Paulus yang
kini dikenali sebagai tokoh penyebar agama itu, agama Yahudi Judaism
pula berjaya diselewengkan dengan memecahkan bangsa itu dan memusnahkan
teks kitab kalam Allah (Torat, Zaboor) melalui penjajahan dan perhambaan
di Babilon, Assyria, Rom dan Greek sehingga bangsa itu hilang identiti
Hebrew. Kedatangan Islam untuk menyampaikan Quran bagi menyempurnakan
kitab-kitab yang dimusnahkan dicemari penulisannya itu menimbulkan
kebimbangan di kalangan golongan ini, kerana Islam akan membawa manusia
kembali mengenal Tuhan yang wajib disembah. Agama-agama lain (bukan
daripada perintah Allah) terutama polytheistic yang menyembah banyak
dewa dan patung pula tidak diganggu oleh Illuminati kerana langsung
tidak mengancam perancangan mereka.

Kepercayaan Nasrani adalah bertunjangkan
konsep triniti dan salah satu yang menjadi kekeliruan dan masih menjadi
bahan perbincangan di kalangan paderi-paderi ialah kesukaran
memperjelaskan maksud Roh Kudus (Holy Ghost/Holy Spirit). Ketika di
peringkat awal agama ini berkembang, Roh Kudus dimaksudkan sebagai
malaikat Jibrail/Gabriel yang menghembuskan roh Allah ke dalam diri
Mary/Maryam sehingga menghamilkan Isa/Jesus. Namun, ia belum mampu
memperjelaskan Roh Kudus yang sebenarnya. Siapa yang menetapkan konsep
Roh Kudus dalam agama ini? Bagi umat Kristian, tiga adalah satu dan satu
itu tiga. Tidakkah ia mengelirukan?

Agama Nasrani/Kristian berkembang
selepas ketiadaan Jesus dan dikembangkan oleh golongan yang berkomplot
menghapuskan Isa. Menurut sejarah agama itu seperti yang terkandung
dalam sejarah Paulus, Paulus dikatakan mengejar nabi Isa untuk
membunuhnya namun dia telah terjatuh ketika dalam perjalanan.
Semasa Paulus terjatuh, dia dikatakan didatangi satu cahaya dan cahaya
itu berkata bahawa orang (Isa) yang akan dibunuhnya itu adalah Anak
Tuhan. Cahaya itu menyebabkan matanya tidak mampu melihat dan hanya Isa
yang boleh menyembuhkannya kembali. Paulus kemudian ‘dalam keadaan
insaf’ terus mencari Isa untuk meminta matanya disembuhkan. Apabila dia
berhasil bertemu Isa, matanya kemudian disembuhkan. Kemudian Paulus
berkata kepada Barnabas (sahabat Isa), bahawa Isa memang benar anak
Tuhan dan mahu menyebarkan agama yang dibawa Isa kepada seluruh manusia,
sebelum agama ini dikembangkan Isa terjerumus ke kancah fitnah lalu
ditangkap dan mahu dihapuskan. Dalam Islam, Isa tidak dibunuh tetapi
diangkat ke langit menjadi al-Masih.



Paulus
terus menyebarkan fahaman itu sehingga ke Eropah dan gereja pertama
didirikan di Antioch sebagai pusat penyebaran pertama Kristian. Paulus
juga mengajarkan manusia dengan fahaman yang tidak menurut pesanan Isa
bahawa Isa hanyalah seorang nabi yang diutuskan Allah kepada Bani
Israel, Isa juga tidak pernah mengaku bahawa dia adalah Anak Tuhan.
Bagaimanakah Paulus yang mahu membunuh Isa tiba-tiba dikatakan bertaubat
selepas mendapat tahu bahawa Isa itu Anak Tuhan? Kitab-Kitab Gospel
terus ditulis oleh tangan-tangan penuyusun kitab Yahudi dengan
meletakkan nama-nama sahabat Isa (Markus, Peterus, Matius, dan John
atau Nabi Yahya) sebagai penulisnya bagi menjadikan ia autentik,
kitab-kitab itu menekankan triniti sebagai akidah yang bertentangan
dengan ajaran Isa selepas ketiadaan Isa.

Menurut tokoh pendakwah Islam yang
terkenal pada sekitar 1970-an lalu, Sheikh Ahmed Deedat pernah berhujah
dalam debatnya dengan ramai paderi Kristian. Ahmed Deedat berkali-kali
bertanya kepada setiap paderi Kristian yang didebatnya, pertanyaan itu
adalah mengenai di manakah ayat dalam Bible yang mengatakan Isa mengaku
bahawa dia adalah Anak Tuhan dan di manakah ayat yang menceritakan
bahawa Isa membenarkan triniti? Bahkan, hanya dua ayat yang ditulis
dengan tulisan merah dalam Bible disahkan oleh gereja sebagai perkataan
yang diucapkan sendiri oleh Isa, mengapa hanya dua sahaja ucapan Isa
yang dimuatkan, bagaimana pula dengan ayat-ayat lain dalam keseluruhan
Bible? Dua ayat yang disahkan itu pula langsung tidak berkaitan dengan
pengakuan Isa bahawa dia adalah Anak Tuhan.

Menurut Gospel Barnabas (gospel ini
dikelaskan sebagai gospel yang tidak diiktiraf oleh Vatican), Barnabas
memberitahu kepada Paulus bahawa ajaran yang dibawa Isa bukanlah satu
agama baru, sebaliknya ajaran Isa hanyalah untuk meluruskan ajaran
Taurat yang pernah dibawa Musa kepada Bani Israel kerana ajaran Musa
telah banyak diselewengkan. Barnabas juga memberitahu bahawa ajaran Isa
hanyalah khas untuk Bani Israel supaya mereka menerima hakikat dan
bersedia akan kedatangan seorang nabi terakhir (Muhammad) bagi
melengkapkan agama Allah seperti yang terkandung dalam Taurat. Barnabas
juga memberitahu Paulus bahawa bangsa Gentiles (bangsa-bangsa bukan
Yahudi) tidak boleh diajar dengan ajaran Isa kerana tugas itu akan
digalas oleh nabi terakhir yag dimaksudkan bagi melengkapkan mesej
Tauhid kepada sekelian manusia.

Menurut Barnabas juga, sahabat-sahabat
Isa yang taat dengan ajaran Tauhid terus menjauhkan diri dari Jerusalem
kerana bimbang dengan ancaman Rom dan puak Yahudi. Mereka bagaimanapun
terus menyebarkan ajaran Isa berlandaskan Tauhid kepada orang-orang
Yahudi di kawasa yang tidak jauh dari Jerusalem. Gospel Barnabas juga
bukanlah Injeel yang memuatkan perkataan-perkataan Allah, tetapi gospel
itu hanya memuatkan ucapan-ucapan Isa sepanjang menyampaikan ajarannya,
ia hanyalah himpunan Hadis Isa. Injeel Kalamullah tidak pernah ditulis.

Timbul persoalan di sini, siapa yang
menulis Bible dan siapa yang mengasaskan Kristian? Ia adalah kerja-kerja
pengikut pertubuhan rahsia yang sentiasa berusaha merosakkan
agama-agama yang dibawa nabi terdahulu sebelum Muhammad. Mereka mengubah
kepercayaan asal kepada kepercayaan sesat dan mempergunakan agama yang
disesatkan itu untuk mereka berlindung sehingga akhir zaman. Dan
agama-agama itu pula diselitkan dengan unsur-unsur Tuhan Matahari, The
All seeing Eye dan sebagainya tanpa ramai daripada penganut agama-agama
itu sedar. Belum percaya? Penulis akan membawa anda bertemu dengan lebih
banyak bukti mengenai perkara ini dalam perbincangan akan datang.


Memahami dan Mengenali Pergerakan Rahsia ILLUMINATI

Illuminati berasal daripada perkataan
Latin, ‘illuminatus’ yang bermaksud enlightened, diterangi (dengan
pengetahuan terahsia). Kewujudannya hari ini adalah kesinambungan
daripada Illuminati Bavaria yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776,
penubuhannya pada tarikh itu merupakan detik kesepakatan semua
pertubuhan rahsia di seluruh dunia dalam menjayakan agenda rahsia secara
bersama. Ia lebih tepat jika dikatakan semua pertubuhan rahsia bersatu
dalam satu pakatan besar untuk menguasai dunia.

Kesepakatan itu dibuat antara pergerakan
rahsia seperti Freemason/Masons (Yahudi Zionis), Skull & Bones
(Amerika) dan beberapa pertubuhan rahsia yang lain termasuk
pertubuhan-pertubuhan rahsia yang tidak mempunyai nama di Eropah.
Walaupun sebelum bersatu, mereka telah lama berkongsi cita-cita yang
sama dan berkongsi simbol-simbol pengenalan yang sama, serta mengamalkan
ritual yang sama.

Pergerakan Illuminati bersatu yang
ditubuhkan pada 1776 merupakan idea Adam Weishaupt iaitu seorang yang
berfahaman Jesuit dan merupakan professor di Universiti Ingolstadt.
Weishaupt secara rahsia mengumpulkan semua ketua pertubuhan rahsia yang
berfahaman bebas atau ‘freethinker’ yang tidak mempercayai ketuhanan,
yang telah lama wujud dan merosakkan agama sejak zaman berzaman.

Mereka juga dikenali sebagai Illuminati Order, Perfectibilists dan Bavarian Illuminati.




BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden Masonic_demonism



Sesetengah penulis sejarah seperti Augustin Barruel dan John Robinson berpendapat, peristiwa Revolusi Perancis (1789-1799)tercetus
disebabkan ‘hasil kerja’ pertubuhan rahsia tidak bernama yang wujud di
Perancis ketika itu. Pergerakan itu mengambil kesempatan daripada
sentimen kebencian rakyat terhadap golongan istana bagi menjatuhkan King
Louis XVI dan mewujudkan pemerintahan baru. Alasan seperti faktor
kemiskinan rakyat, penindasan rakyat oleh golongan istana dan ke arah
mewujudkan Perancis yang lebik baik, menjadi modal dalam mengaut
sokongan rakyat Perancis.

Rancangan mewujudkan pemerintahan baru
di Perancis itu adalah strategi awal dan terpenting untuk menjayakan
agenda penubuhan negara politik berpaksikan Zionis iaitu Amerika.
Peristiwa pembunuhan keluarga diraja Perancis membawa kepada peralihan
pemerintahan baru yang dianggotai ahli-ahli pertubuhan rahsia dalam
tampuk pentadbiran negara.
Pra-Revolusi: National Assembly (1789)

Pada 10 Jun 1789, Mesyuarat Ahli Third
Estate diubah kepada nama Mesyuarat Rakyat (Common’s Meeting) dengan
menjemput dua lagi ‘estate’ dalam menganggotai mesyuarat itu yang
akhirnya berjaya dilaksanakan pada dua hari kemudian dan berakhir pada
17 Jun dan selepas itu mesyuarat berkenaan dikenali sebagai National
Assembly. Deklarasi daripada mesyuarat itu meluluskan untuk mengambil
langkah radikal bagi mengubah masa depan Perancis dan mereka kemudiannya
mengajak dua lagi pertubuhan untuk terlibat sama dalam agenda itu.
Agenda menggulingkan King Louis XVI dijalankan secara senyap dengan
melibatkan ahli-ahli mesyuarat itu dan seterusnya menjadi lebih berani
selepas berjaya meraih sokongan rakyat.

Pada 4 Ogos 1789, National Assembly
secara rahsia telah bersetuju menamatkan sistem feudal dan secara terang
meluluskan Deklarasi Hak Rakyat (deklarasi ini sama seperti yang
diamalkan Amerika hari ini) dengan mengetengahkan prinsip-prinsip hak
asasi rakyat yang mempunyai autoriti sama taraf dengan undang-undang
(undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan termasuk campur
tangan raja) dan secara tidak langsung mereka menjadi badan sah yang
membuat draf undang-undang. Dalam diam juga, mereka mencatu makanan
secara terancang supaya rakyat kebuluran. King Louis XVI yang sedar
dengan perkembangan itu kemudian mengambil langkah mengharamkan National
Assembly melalui tindakan tegas.

Mereka menyebar berita bahawa King Loius
XVI adalah syaitan untuk membakar kebencian rakyat, padahal merekalah
penyembah syaitan yang merancang segala peristiwa.

Atas dasar hak asasi manusia, golongan
ini secara rahsia menyebarkan propaganda mengenai keperluan mewujudkan
negara Perancis yang baru dan telah berjaya menghasut para wanita
terutama kaum ibu dan surirumah di Perancis supaya memberontak. Kemudian
pada 5 Oktober 1789, kumpulan wanita yang menjadi mangsa kebuluran ini
berkumpul di sekitar Paris dengan melaungkan pembaharuan segera dan
meminta istana mengembalikan kuasa National Assembly yang lebih sensitif
terhadap keperluan rakyat.

Kumpulan protes yang dianggotai kaum
wanita itu kemudian meningkat kepada lebih 8,000 orang dalam masa
singkat dan bergerak ke Versailles (bandar diraja Perancis ketika itu)
dengan lebih radikal, membawa meriam, senjata api dan senjata tajam.
Akibat tekanan itu, keluarga diraja berpindah ke Paris.

Kesan bunga-bunga revolusi turut memberi
tekanan terhadap kuasa gereja dan golongan pemimpin revolusi (ahli
pertubuhan rahsia) ini bertindak mencampuri urusan gereja katolik kerana
pihak gereja merupakan institusi yang memiliki tanah dengan keluasan
terbesar di negara itu. Pada 1790, undang-undang baru diluluskan supaya
gereja tidak lagi mempunyai hak ke atas hasil pertanian dan rakyat
diberi hak untuk mengusahakan sendiri tanah-tanah pertanian. Sokongan
rakyat terhadap mereka menjadi semakin kuat.

Strategi demi strategi tersebut
dijayakan dengan sempurna sehingga berlaku rusuhan hampir setiap hari
dan berterusan sehingga revolusi mencapai ‘objektif pertama’ (ia bukan
objektif utama) iaitu menjatuhkan hukuman mati terhadap keluarga diraja
Perancis pada 21 Januari 1799 di satu lokasi (salah satu lokasi ritual
satanism) di Place de La Concorde.

Keamanan tidak terus wujud dan masih
berlaku rusuhan di kalangan rakyat yang mahu melihat pembaharuan
dilakukan segera oleh pemerintahan baru walaupun selepas meraikan
kejayaan menamatkan sistem beraja. Mereka terus merancang dan merancang
untuk menyempurnakan agenda memiliki Perancis secara total.

Pada 9 November 1799, Napoleon Bonaparte
dilantik sebagai ketua negara dan digelar Maharaja yang akhirnya
menyempurnakan Revolusi. Pemerintahan Bonaparte menjadi titik mula
kepada pemerintahan Perancis yang lebih radikal dan memperluas rancangan
untuk mencetus ilusi peperangan yang lebih besar dan seterusnya
menubuhkan Amerika. (Perancis menghadiahkan Statue of Liberty kepada
Amerika sebagai tanda persahabatan dan tanda memori indah kepada
pemimpin-pemimpin Amerika terhadap ‘petualangan’ Illuminati Perancis
dalam merancang penubuhan Amerika, rahsia ada di sebalik peristiwa
Revolusi Perancis).
SIMBOL-SIMBOL ILLUMINATI

Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah
lebih baik jika kita mengenali simbol-simbol yang digunakan oleh
Illuminati bagi memudahkan anda mengikuti perbincangan ini.




BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden 2009_nwo_obv_detail_400

The All Seeing Eye, Satu Mata bercahaya seperti matahari yang terapung di atas Unfinished Pyramid.

Tambahan: perhatikan perkataan One
Troy Ounce 99.9% fine silver di sebelah kanan gambar, 99.9 atau 999 akan
menjadi 666 iaitu nombor kod penyembahan syaitan jika diterbalikkan.






BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden L_7bf4af6ccbf9fbcc6ed83f17ff1987ad






BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden Versions-of-horned-salute

Isyarat tangan: Devil’s Horn


BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden Occult-washingtondc_03

Pentagram di tengah bandar Washington, ia
boleh dilihat dengan memerhati struktur jalan di Washington, bucu
paling bawah ialah terletaknya White House






BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden Masonic_structure

Structure of Power






BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden Occult-washingtondc_04



Star of David, ia boleh dilihat
dengan memerhati struktur jalan di Washington, bucu paling bawah dalam
segi enam ialah terletaknya White House


To be Continue... BAB 3
Back to top Go down
https://malaysia.1talk.net
 
BAB 2 – PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI dalam dunia moden
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» BAB 8 : Jejak-Jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah
» 10 Ramuan Merbahaya Dalam Mi Segera
» BAB 1 – ILLUMINATI: Bersembunyi Di Sebalik Segala Peristiwa Silam
» BAB 7 – ILLUMINATI : Merovingian
» Bab 5 – ILLUMINATI: Li & Kennedy Bloodline

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysian WackWall Forum :: Forum Umum :: Pengetahuan Am-
Jump to: